Thursday, November 12, 2009
Rojak asl blh jea ak nihh..
Hem walaupun busy ngan final tapi ak sentiasa on YM dan aktifkan diri kat sini...PAsni cuti sem. entah bile2 ak nak hapdate blog ak ni.lalala..
Nafsu mendownload meluap2..tak lame lagi kan cuti so, kena kumpul koleksi lagu ngan movie banyak2, sebulan lebih tu. maunye ak mati kebosanan kat umah.huhuuhu...tak tau la sempat ke tak, citer korean drama :YOU'RE BEAUTIFUL, ketika cinta bertasbih ni sedut dari my romate aini. Sabo jer tengok die layan citer ni. Tau la da abis paper.cessss!
Sempat lagi ak download mp3 cutter ni..memang istimewa la instaler ni. blh cut lagu+nak combine2kan lagu pun boleh sebeb ak tahu korang mesti terror buat lagu2 midley kan kan kan...pas anim, imah sambung, pastu baz, klau tak tersasar aini lak sambung, so mmg sesuai la installer ni klau korang download hahahaha...enjoy for it...
http://www.4shared.com/file/23272718/655985f3/mp3_cutter_joiner.html?s=1
udah awe udah ...study hawa study...haishhhh
Monday, November 9, 2009
tua ke??!orait jerk...
cess..arini inbox hanset penuh beb, bile burday mesti penuh, asal penuh jer mesti burday ak. Tapi sedey la jugak time burday ak jer besoknye mesti ade paper or tengah exam. Adeh nak poye2 pon tak de feel. Maybe next year ak boleh da kot menanti ari kelahiran ak dengan tenang. kuikui,, Rugi tu maxsis kasi call free tapi ak ley kira ngn kaki jer sape jer yang ak sempat call. Ikutkan ati ni sampai 12 malam ni ak nak bercakap tanpa henti, tapi masaklah ak nak jawap ape besok paper pojek mngmnt. Takpe 2x agak2 ak bowink kang, ak call la. Tapi klau da call plk tu deorang mesti cakap burday ko ek arini...mcm pelik jer.huhuhu..ok la tu kire korang termasuk gak dalam senarai org yg ak call tau. Perlu bangga tu. Sebab ak ni memang jarang call/msg kwn2 ak klau xde hal penting. wut ever thanx daya sudi nyanyi lagu epy burday kat ak. Sedap gak sore ko ekk...pas ni go back n practice join Malaysia Idol plk yea..lalalala...k la nk smbng stdy bsk paper SPM.
Saturday, November 7, 2009
toin toin...hehehehe
Thursday, November 5, 2009
x-de Pape Lar...
Thursday, October 22, 2009
~~AniM budak CoMeiiii~~
Tuesday, October 20, 2009
Ajib@cobain punye celita..
Tuesday, October 13, 2009
-----KeLuar berNaFas-----
Saturday, October 10, 2009
BiLe aKak FaSi BerSuAra..hahhaa
Sambil2 otak ligat berpikir untuk menyiapkan proposal project management DR Khanapi, tetiba boleh mengelamun sekejap apabila terdengar lagu para para sakura. Sambil mengimbas kembali kenangan ak menjadi fasi MHS(Minggu Haluan Siswa) utem untuk kemasukkan sesi 09/10.
Tapi bila abis jer minggu MHS tak sangka pulak deorang satu kelas ngan ak(p/s:ak ni budak direct entry, so boleh pilih2 nak masuk kelas mana..hahaha). Ada tu yang aim ak macam ak buat salah jerk..rupa-rupanya nak tegur ak “akak fasi”, ada pulak sampai menjulurkan kepala keluar tingkap kereta just nak jerit “akak fasii”, seb bek ak tak jatuh tersungkur kat jalan tar tu. Terkejut! Bukannye ape..Ada juga yang masih contact ak bile ada masalah ke, nak ajak penuhkan koleksi gambo deorg ke, kalau ade UTeM event ley share2 cerita….adeh berbunga2 gak la ati ni deorang ingat lagi kat ak.hehhehe..tapi yang pastinya pengalaman menjadi fasi sangat berharga buat ak. Bukan mudah untuk menjadi kakak dan abang untuk adik2x…klau bagi mereka MHS mmg xbest tapi bagi ak pulak selaku fasi memang best.. walaupun tidur sejam dua, apalah sangat untuk 4 ari jer… MHS 09/10 in memory….
Wednesday, October 7, 2009
Muhasabah Cinta
Ak mendambakan cinta dari seorang lelaki yang cintanya hanya untuk ALLAH, mencinta ak seperti mana dia mencinta dirinya kerana ALLAH...
p/s: ak nk tulis benda lain sebenarnya, tapi tak tahulah camner terpost plk pasal ni..layann jelahh..Tp sekarang ni ak cuba belajar untuk tersenyum...
Munsyid : EdCoustic
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Tuesday, October 6, 2009
TiDoq Overlimit
kemalasan melanda diri...klau diikutkan ati nak jea tido tanpa memikirkan dunia. Tapi solat masih kewajipan ku :)....Tah la semester ni ak tak dapat sangat nak join mana2 aktiviti atau kem. Sem ni pengkuliahannya terlalu pendek lagi menyerlahkan subjek2 yg mmg sejak azalinya penuh dengan teori2 tan teknikalnya yang tersendiri. Sekarang ni waktu pun cepat berlalu. Pukul 1 pagi macam baru pukul 10 malam. Tapi ak rasa penyakit tido ni sedang propagate dalam diri ak. Caner ek nak hilangkan penyakit ni. Da cube tapi masih camtu jugak. Lagi banyak keje lagila ak suka tido. hahahah..korang rase??!
Wednesday, September 30, 2009
laYa Punya CaliTa..part 1
Dah 11 syawal umat Islam beraya, ak baru nk posting khas untuk hari hari raya aidilfitri 2009. Tahun ni raya pertama agak kelam kabut sikit sebab mah ak baru jea siap pasang syiling seb bek ada pak cik tu klau tak maunya mak ak nangis tak beraya, mana taknya malam raya org sibuk pasang langsir dok dengar takbir raya kami ley lepak2 yelah nak kemas pun barang yg laen kena pindah2 gak. Bek tido jea. hehehhe..tapi petang mantai tu ak la paling sibuk jenuh nyapu halaman umah, dah macam padang bola besarnya, al maklumla rumah kampung so banyakla pokok durian, bacang, sume berlumba2 menggugurkan daunya. Pecah gakla lemak2 ak ni.( ada ke)...masa ni lah jerawat menggambil kesempatan untuk membiak kat muka ak. huhuhu...adik ak balik malam raya. ngelat!!seb bek la adik ak ikah ada ley gak ak jerit2 kan.. ala kata kakak(buat2 muka garang :))..Raya kedua baru la dikatakan raya. Umah dah siap kemas, langsir dah siap gantung, lantau sudah kilat, tingkap kasi bersinar2, baru la ade semangat raya.
Taun ni first time raya mah atuk lepas arwah nenek belah ayah meninggal. Tersentuh rasa hati melihat wajah tua atuk, lama sungguh tak menjenguk atuk. Lama atuk memandang ak, sambil berkata dah besar cucu atuk, ak rasa air mata ak berlumba2 nak kuar dr bijik mata ak. Seb bek sempat cover lg, sepupu ak ada kat depan ni, kang tak pasal2 sume menangis berjemaah pulak kang. Ingat nak datang mah atuk hari raya pertama tapi ak tak sampai hati nak biarkan mak ak kemas rumah sorang2 mana nak layan tetamu lagi, yela raya pertama mah atuk ak penuh ngan sepupu2 + mak pak sedara ak yg lama gegiler ak tak jumpe since arwah nenek meninggal. Apa punya cucu la ak ni kan. hurm. Tapi insyaALLAH pas ni ak nekad tak nak miss g raya kg atuk belah ayah ak. Moga ALLAH panjangkan usia atuk ak. Lama jugak bersembang ngan atuk ngan anak pak bibik ak, semuanya dah besar2x dan tinggi dr ak, nampak sangatla kekontotan ak. Pastu balik singgah jap mah kwn adik ak kat lendu tengah, then mah mak lang, tapi sebelum tu awal2 lagi dah singgah raya mah nenek belah mak ak dulu.. mah nenek ak yg ni klau termiss memang ak kena fire dengan meksyingen oleh nenek ak. Dah le dekat, area kg mah ak gak. Malam baru smpai umah. Balik2 mah ak penuh smpai ada yg kat luar pintu, pergh kwn kerja mak ak datang, terpaksalah masuk pintu belakang, budget selamat la, apelagi mak ak dalam operasi nak mempromote ank2 dara die, menjerit meh sini, salam ngan mak cik ni..adeh..dah xley nyorok da..hahahaha..maluuuu...
Tuesday, September 15, 2009
Saturday, September 12, 2009
Tah LeR..
Thursday, September 10, 2009
Bagaimana Melupakan Bekas Kekasih?..yg hampeh!
1. Buang jauh-jauh (kalau rasa rugi, simpan) segala macam pemberian dari 'si dia'. Dari sekecil-kecil hadiah, sehinggalah yang besar belaka. Dikhuatiri jika barangan tersebut terus disimpan; kamu akan asyik teringatkan bekas kekasih kamu tuh, sedangkan dia kini mungkin sedang berbahagia dengan orang lain.
2. Jauhkan diri dari sebarang perkara yang boleh membuatkan kamu terkenangkan 'si dia' (khususnya ketika baru putus cinta). Elakkan dari berkunjung ke tempat-tempat tertentu yang menyimpan kisah kamu dan dia. Juga lagu-lagu yang mengiringi hubungan kalian dulu. Hatta, minyak wangi yang kamu pakai boleh jadi faktor juga. Mungkin sebab masa kamu tengah bercinta dengan dia; perkara-perkara nih ada di sekeliling kamu.
3. Jangan asyik duduk bersendirian; sebab kamu akan bermain-main dengan perasaan sendiri. Usah dilayan sangat rasa kecewa tuh.
Dalam keadaan getir nih, cuba kamu bergaul dengan kawan-kawan. Bila kamu sedang bergembira, kisah lama yang mengganggu kamu nih akan hilang sikit demi sedikit.
4. Manjakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang disukai, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat, sedikit-sebanyak kamu akan semakin lupa kisah yang berlaku kelmarin.
Satu yang perlu kita ingat. Melupakan sesuatu perkara itu bukanlah mudah; malah apabila kita sudah mula lupakan, kisah itu mungkin akan datang kembali. Namun sekurang-kurangnya, kamu dah cuba sedaya mampu untuk memulakan kehidupan baru; tanpa lagi ditemani 'si dia'.
5. Elakkan dari mendengar lagu cintan-cintun. Tidak kira dari irama nasyid, sampailah 'rock kapak' sekalipun, lirik yang dilantunkan tuh mungkin akan memberi kesan pada perasaan kamu.
6. Mengadulah puas-puas pada Allah Azzawajalla. Jodoh ini merupakan urusan Tuhan. Kamu mungkin kecewa sekarang, tapi percayalah; kelak Allah Ta'ala pasti akan datangkan seorang lelaki yang cukup setia sebagai teman sejati kamu.
Calon idaman kamu tuh mungkin tak akan datang sekarang, tapi dia tetap ada; jika itulah yang tercatat untuk kamu di Luh Mahfuz. Tugasan kita; istikharah tanpa rasa jemu dan teruskan berdo'a tanpa timbul rasa bosan.
Wednesday, September 9, 2009
Kegusaran Melanda Hatii..
Monday, September 7, 2009
Sedang Mengemas Hati......
Tuesday, September 1, 2009
Tanda2 Kematian- Ak ingin MaTi SamBil MenGingaTi-Mu ya ALLAH..
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat
-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
> Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda inirasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
> Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
> Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
> Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
> Tanda 1 hari
> Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
> Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
> PENUTUP
> Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
> WALLAHUA`LAM