Tuesday, December 20, 2011

Ak Jatuh Sakit...alhamdulillah.....


Wah dah lame ak tak demam macam ni, last aritu masa buat FYP degree, lepas 6 bln lebih ak kerja, rase lagi, alhamdulillah ya ALLAH, semoga dengan ujian sakit yang engkau
berikan kepadaku sungguh dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku. Harini ak terpaksa MC, semalaman ak tak boleh tidur, kepada rakan sekerja ku, ini bukan yang ak pinta seandainya ak mempunyai kudrat untuk ak pergi bekerja, mana mungkin ak tega membiarkannya keseorangan di opis. Ak tahu kau juga merasa apa yang ak rase, sekurang2xnya kau masih mempunyai seseorang, untuk menjagamu, tidak ak.

Badan terasa berbisa dek nikmat hujan semalam, hanya mampu menelan bubur. Buat pertama kalinya, ak memasak bubur untuk diri sendiri, sebagai alas perut untuk makan ubat. Berharap kelegaan untuk jangka waktu yang panjang.Seusai menjamah bubur dan makan ubat, hanya mampu baring dan baring sementara menanti zohor. Jika saat ini ak berbicara,pasti sumbang bunyiknya..sengau semacam,,,harap2x besok ak berkudrat untuk meneruskan sisa kerja minggu ini..

ALLAH tarik seketika nikmatnye, nikmat rasa, nikmat bau, nikmat sihat, tapi ALLAH kurniakan ak nikmat yang 1 paling berharga iaitu iman. Sungguh, ketika ak sakit ak terasa dekat dengan pemilik nyawaku. Berasa marah namun, dengan segera hati berbisik ini ujian ALLAH, lalu marah segera berlalu pergi. Puas ak berguling2x terasa bosan menyelubungi, lalu jejari ku mengoogle sesuatu untuk rohani ku.. terjumpa ini, lalu ak tergerak untuk kongsikan kepada rakar blogger sekalian...kredit to http://yaqeenahmad.wordpress.com

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Biarkan badan dan emosi kita mendapat haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan. Namun, bukan hak kita menyatakan apa yang kita lakukan adalah ikhlas, sesungguhnya ikhlas itu milik ALLAH.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka. Dan ketika ini lah juga, kita dapat melhat reaksi orang disekeling khususnya, adakah meraka mempunyai rasa prihatin, timbang rasa, memahami atau mereka mementingkan diri sendiri atau hanya sekadar teman sementara dikala kita senang/sihat.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…




Sunday, September 18, 2011

kasih mak....

Post kali ini mungkin lebih syahdu, kerana tika ini ak amat merindui mak dan keluarga ak. Ak tak tahu perasaan ini hadir tanpa dipaksa, rasa yagng teramat rindu dengan mereka. Rasa yang membuatkan mengalirkan air mata. Terbayang saat bersama mak. Susah payah mak, kasih sayang mak. Tak tergamak rasanya nak menderhaka kepada insan yang bergelar mak. Kasih sayang sangat tulus, memberi kesan yang sangat mendalam jika kehilanganya. Ak terlalu lemah jika kehilangannya ya ALLAH. Setiap hari ak risau kesihatan mak ak, mak ak ade lelah. Syawal aritu mak ak kena serang lelah lg. Ak sangat risau kesihatan mak. Tiap hari ak berdoa, agar mak ak, keluarga ak di lindungi dari segala kejahatan dan kecelakaan. Berikan mereka kesihatan supaya ak dapat terus berbakti dan membalas jasa mereka ya ALLAH.

Tika ak tidak ada tempat berpaut didunia ini, mak lah orang yang sentiasa mempercayai ak, kepercayaan yang mak berikan tak kan sesekali ak salah gunakan. Ak insan yang lemah tanpa kasih sayang mak. Ak berharap agar ak di kurniakan suami yang dapat menjadi sandaran kasih, sebagai penyambung kasih walau tak setara kasih mak, tapi masih ak rasa ada tempat untuk berkasih. Keagungan kasih sayangmu, tiada tara nilainya. Semoga mak sentiasa dalam lindungan mu ya ALLAH. Ak sangat berharap mak akan tinggal bersamaku. Sungguh ya ALLAH. . . ak ingin menjaga mak ku hingga nafasnya yang terakhir. Ak pernah diabaikan, ak tidak mahu mak ak merasakan itu. . . ak berharap sangat ada job vacancy kat Melaka. Tapi setakat ni rezki ak kat bumi s.alam. walaupun xjauh tapi jarang balik,…

Mak sentiasa mendahulukan anak2xnya, kurang bicaranya jika dia gundah, tidak suka meminta untuk di belikan sesuatu, namun hati ini mengerti akan tanggungjawab seorang anak terhadap kebajikan maknya. Kadang-kadang ak rasa nak belikan semua yang terbaik tuk mak, tapi kemampuan ak terbatas. insyaALLAH rezki itu ada.

Tiap kali ak nak balik s.alam, pasti mak akan bekalkan rendang atau lauk. Kadang2x ak merasakan pulangnya ak dikampung akan menyusahkan mak. Saat yang paling menyentuh kalbu bila melihat wajah mak ak semasa dia tidur. Dapat pahala tau kalau tengok wajah mak ayah kita. Saat tu la, akan terlintas, ak ni selalu buat mak sakit hati, ak ni selalu menyusahkan mak, ak ni …macam-macam la..akhirnya ak akan meminta ALLAH supaya menjaga mak ak, melindunginya, kurniakan kesihatan dan umur yg panjang supaya ak dapat berbakti padanya dan berazam xkan buat perkara-pekara yang mak tak suka.

Alhamdulillah lega sikit rasanya bila dah meluahkan rasa hati ni..tika ni ak sangat merindui mak ak. Nak message cakap rindu takut mak ak pelik pulak. Herm, ak ni kalau rindu kat seseorang tu event kawan pun, direct jer ak message cakap rindu. Pernahla ak message cakap rindu kat mak ak, mintak ampun segala bagai, mak ak risau pulak ..(dlm erti kata yang laen..buang tebiat ke anak ak ni..)…

Omma ,,sarange eo…

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan ...

Ramadhan 14, 2011

Dari pagi hingga sekarang ni, ak masih di posisi yang sama. Alam maya menjadi tumpuan ku. Facebook, Chat, update cerita korea baru..hehehee. Mode:lagu raye :) ...tetiba ak terasa nak update blog pulak..update blog kena ada gambo baru best. Apa lagi nikkon coolpix s3000 di aktive kan, ak ni paling malas nak copy gambo kuar ke hdd ak..agak2x klau pic ni boleh reput maunnye reput la dalam memory kamera ak ni..


29 /08/2011-31/08/2011
-Asalnya nak sambut awal ramadhan dengan family ak, tapi selangor tak cuti plak. so, terpaksa la balik SA ahad tu jugak..sabo jelah..tapi ak balik pun cam tak balik. Seharian hangout with my friend jannah, jumpa my siss jap pastu sambung shopping. :). Mak ak bising, abang, adik dah balik rasa durian ak ni batang hidung pun xnampak2x..tu yang ak balik tu. Walaupun ak bukan hantu derian, tapi ak suke bubur derian mak ak, terbaek la...siap tapau rendang ngan bubur kacang balik SA lg...Sampai-sampai jer da pukul 2 pg, gerak lewat sikit dr SA, banyak nau tempat yg nak disingahnye. Sampai rumah, makan jap, pastu borak plak ngan mak sampai kol 3 pagi, tak hengat.. ni besok da janji nngan jannah nak lepak. Lepas subuh ak tidur balik, sedar2x pun bila dengar bunyik message masuk. "dah siap, jap lg ak sampai"..terbeliak mata ak..tengok jam... kol 11.. melompat ak dari katil terus capai tuala. 15 min jer ak siap. Seb bek ak just iron tudung jer...sesampai jer jannah kat rumah ak, terus ak buat muka bersalah,,,hehehehe mase ni la ilmu psikologi digunakan supaya member ak tak hangin ngn ak...hehhee..upss sorie xsengaja...
..malas nak taip..tgk jela pic ni........................



Monday, August 8, 2011

lallala hari-hari kerja..

Mata tak ley nak lelap menyebabkan ak menulis entry ni ..kol 1.00 pg tadi terjage pas ak solat, terus g masak. Semalam mmg selera makan ak takde, housemate ak terkejut tgk ak buka makan roti ngn milo secawan. Ni sume gara-gara tempat kerja ak ler nih. Terpaksa stay smpai kol 6.15 ptg. Kalau dilayan kn kerenah user sure ak tido mandi kat opis ler camni. Agak2x server da ok ak cakap kat SA ak ak nak balik dah sebab nak buka. ..tah la kadang2x ak suka kerja ni sebab adventure, kadang2x terasa stress. Sampai tak sedar waktu lunch dah lepas, tau2x dah waktu balik dah..tapi Semalam ak terasa letih yang amat sangat, pinggang lenguh, dari pukul 8 pagi until 6 ak kat depan PC. Ni suma gara-gara server yang "tak berapa nak betul" semalam. Banyak skrin hanging bila nak save forms. Telefon sebelah ak plak asyik berbunyik jer, agak-agakla kan kalau ak cabut jer wayar telefone tu ada orang perasan tak. System Analyst (SA) ak pun siap kata patutnya harini kena cuti nih ngeh2x. Dan dan tu lah ko nak cuti. Ak yang duk berpeluh nak layan user, officemate ak lagi dasyat kena marah ngan user. Ak cuba berlagak cool, tapi berjaya cam tak berjaya jer. Bila tengok officemate ak punya muka gabra, ak pun terjoin sekali. Baru nak focus settlekan isu, tetiba SA ak pulak panggil cakap skrin ni hanging, jenuh nak jawab. layan kan jap pastu ak continue kerja ak. Dan dan senior DBA ak kena transfer jap kat main office.. masak ak tingal 2 org jer nak support berjuta2x user..juta ke..tengah2x ak busy ni kepale otak ak ligat memikirkan seseorg. Dia tengah buat apa sekarang, kenapa die senyap jer...dia tak la hensem, sasa pun tak, melatah bkn main lg, selalu gaduh ngan ak tapi pesal la die jugak yang ak teringat2x. ..tetiba plk teringat ak nak balik raya ngan sape?nak nek motor dr SA ke MLK ke nek bus jer...risau plk motor ak nak tinggalkan kat sini. lama kot ak kat kg, tu ler sesatunya gete yang ak beli hasil titik peluh ak. InsyaALLAH thn depan ingt nk angkat kereta plk..amin moga murah rezki ak..Kawin??..hurm ramai gak tanya soklan cepusmas ni, ak jawab, klau ade orang datang pinang i kwin la..klau x..xkn i nk pi pinang that guys..that guys tu pn xthu ke klau org suke kat die caner..ee rimas la..but cinta itu indah sebenarnya...alamak jam kat skrin laptop ak menunjukkan pukul 4.04 AM tapi ak masih tak ley tido lagi..maunya, pas solat magrib ak terus tido, terawikh tah kemana isyak tah kemana, gara2x keletihan...xpe yg pnting niat nak g terawikh tu ade..kikihh.. kla ak kena gak buat2x tido nih, sat g bsk kat opis, skrin yng pandang ak plk...daaaaaaaaa:)

Friday, August 5, 2011

Hijrah di Bumi SA..........


Saturday, August 06, 2011 bersamaan 6 ramadhan.

Diam tak diam dah 3 bulan lebih ak kembara di Shah Alam ni. Dibumi SA nilah ak bertemu kembali dengan sahabat-sahabat satu kuliah ak dulu. Ak bersyukur dengan kehadiran meraka di bumi SA ni. Dan sepanjang 3 bulan nil ah ak berkerja di company 99% bidang yang ak study time degree dulu. Macam best, walaupun hari-hari dapat pressure tapi ak suka sebab adventure. Tapi kadang-kadang tension jugak dengan karenah user yang berbagai-bagai nih. Banyak menguji kesabaran ak. Tapia k mencuba untuk bertahan, sebab ak fikir tak ramai dapat peluang macam ak, belaja kos database tapi kerja bidang lain. Macam bulan ni, agak serabut jugak la bila bos ak suh senior ak kerja kat admin office PJ, tingal ak dengan rakan ak yang masih baru xsmpai 5 bulan kami kerja dah kena duduk kat client site. Pressure yang amat nyelah..kawan –kawan lah tempat ak hilangkan tension ni. Ak belajar menerima hakikat yang ALLAH telah takdirkan untuk ak jalani. Semoga dalam pemeliharaanya ak Berjaya ke ahir jalan ini. Amin ya Robb….

Tuesday, March 1, 2011

Bila berbicara tentang keikhlasan.......

Assalammualaikum korang..Hurm hari ni ak rasa letih sikit. Rasa macam secretary pun ada macam akauntan pun ada. Pada awalnya ak masuk kerja sumanya ok jer. Tapi start tokey ak call jer hidup agak huru hara sikit. Kelakar gak hidup harini, pagi2x lagi tanya kaunter ada x RM 5 rat. ak cakap mana ada, kat kauntar ada RM 1 rat jea kot. Kot la dia tanya petang sikit ak rasa logik la jugak, ni kol 12 pun xlagi. So, nak di jadikan cerita, dia boleh pulak tanya ak nak pinjam 3 rat nanti petang dia bayar. Ak bukan kupik, tapi mana ada kat tangan 3 rat dalam bank yea. Ak call mak ak cakap nak pinjam 3 rat, terkejut mak ak..hahahaha..mak ak pun xda gak. So, ak call balik tokey ak cakap xda. Pastu dia kata dia nak bank in kat bank Islam. Berlari lah ak g mesin atm bank islam sebab ak mana ler ada orang bawak buku bank g kerja in case dia memang berhajat nak g bank tu kan. Lawak betul la.. Pastu ak text tokey ak no akaun ak. Yang kelakarnya, dia dah sampai kat bank islam tu tapi security nak masukkan duit dalam mesin tu..so lama la nak tunggu. Pastu dia tanya plak CIMB ak nyer no akaun, g la ak balik kat mesin atm BSN sebab ni dekat sikit dengan kedai ak. Dalam 3 orang beratur barulah tiba turn ak. Slumber jer nak msukkan kad atm ak tapi tak boleh pulak. taknak masuk2x gak. Student da beratur panjang ni, apalagi terpaksa ler ak blah, dah 3 kali dah ak test xmaun jugak. Pastu ak cakap ler kat student2x tu erk tak boleh pun. So, budak tu test ler plak guna kad dia, kali pertama xboleh kali kedua nak pulak. Bebudak lelaki ni bagus sikit tak boleh dia try gak smpai boleh. Pastu boleh da. Pastu adik tu cakapla. Kad akak xley pakai kot. pastu ak cakap lah eh tadi boleh jer. Pastu seb bek ler bebudak ni baek, dia kata cuba akak try masuk balik. yang xley blah tu dia suh ak baca bismillah dulu kak. Ak sengeh jer ler. Memang betul tu, keberkatan kan penting. Pastu dah boleh guna. Yang lawaknya 2, mana boleh tengok no akaun CIMB kat mesin atm BSN. Ak buat2x kiut jer tanya deorang , yelah tak tahu baek tanya kn...so termalu lah ak sendiri.Then ak blah, balik kedai semula. Kejap tu tokey ak call pulak tanya bank BSN ak ade tak, ak cakap ler ada, pastu dia suh ak text no BSN ak pulak kat dia, ak dah smpai kat mesin atm BSN tu pulak dia call cakap, kat atm BSN ada ke boleh transfer deposit..adoiyai lawak jer ak ngn tokey ak nilah. Haru semacam, Kejap tu ak call tokey ak, kata xboleh tengok no akaun ak. Pastu ak pun maleh dah nak jadi pak pandir g situ sini 2 3 kali. Last2x ak kira duit kat kaunter, fuhh alhamdullilah seb bek ada 3 rat, pastu ak call tokey ak cakap, guna duit ak dulu lah, leteh dah ak duk main ulang alik kat mesin atm ni. Dia kata ok. Settle masalah ak. Korang mesti rasa kenapalah ak sanggup buat sume ni kan walaupun gaji ak ciput jer. Tahla bagi ak...ak sentaiasa ingatkan diri ak "bila kita tolong orang yang dalam kesusahan, ALLAH pasti akan melepaskan kita bila kita pulak dalam kesusahan" sebab ak ada terbaca dalam satu artikel islamik ni. Tapi siapa ak untuk mengatakan level keikhlasan ak. Nak melahirkan keikhlasan tu sulit, tapi biarlah ALLAH yang maha mengetahui menilai keikhlasan ak. Ikhlas itu milik ALLAH, siapa kita untuk mengatakan kita ikhlas kan. Tapi ak sentiasa memohon agar apa jua pekerjaan yang ak buat lahir dari hati yang ikhlas. Memang sukar menerbitkan rasa ikhlas tapi selagi ada nyawa, selagi itu ak akan belajar untuk ikhlas.Kadang2x deoarang selalu cakap, ko ni tu lah lembut sangat, itu lah ini lah..ak pekakkan telinga jer..ak tahu apa yang ak buat.tapi tak boleh jugak nak salahkan deorang deorang risau kan ak takot kena buli.. hurm lagi 50 minit ak nak balik kerja ni..harap sumanya ok...

Sunday, February 27, 2011

Tempecher ak naek 110%..

Hurm harini ak kerja malam. Mood ak petang tadi aman jer. Tapi tetiba jadi huru hara sebab tokey ni dapat hangin kus-kus, jadi secara tak langsung akan effect kat mood ak gak la. Tau ler duet short RM 50 tapi sume kena tempias. Ak tak la salahkan budak yang buat sales siang ni short, sebab ak tahu manusia kan selalu buat silap. Sebagus mana pun manusia tu, pasti dia akan buat mistake jugak satu ari nanti. Yang tak bagusnya, nama jer budak U--- tapi perangai hampeh..tak paham bahasa, dah ak cakap harga tu, harga tu ler, klau nak murah ko beli ler kat maydin. Ak bukan tokey, ak boleh jer kasi free kat ko. Yang tak tahan tu boleh plak ko ngumpat ak depan ak, eeuww memalukan btol la awek ni. Sekali ak duku kang baru tau. Kawan ko pun jelek ler tengok perangai ko. Ak cukup tak paham ler ngan student kat sini. Time2x ak tengah key in harga ler sibuk nak tanya, pastu tak reti2x hormat orang yang datang dulu. Tak pernah blajo ke First In First Out(FIFO) ..tak pasal2x ak telah memperatikkan data struct punya subject. Sebab korang yang "gelojoh" ler ak salah punch harga..sapa yang susah, ak jugak yang kena jawab ngan tokey ni. Tokey ni pun boleh tahan gak songehnye, klau ak bagi alasan kang, sure ak kena balik, tanya dah ler macam polis. Takot sangat ak rembat duet sales dia. Elo ak pernah jadi cashier, pernah jer pegang duit beribu tak de short pun. Kalau ada pun xlebeh dari singgit ler. Skang ni apa yang ak boleh buat analisa, pertama salah satu sebab kenapa duit short adalah disebabkan takda duit tukar(means duit syiling, atau "duit kecik") nak bagi balik balance kat deorang. Deorang sah2x Bila mintak kata xde duit syiling la, sumela tak de. Kalau dah masing2x kasi duit besar, lu pikir sendiri la apa kesannya. Terpaksa ler ak tebalkan muka, buat-buat kiut mintak duit syiling kat kwn2x deorg pulak. Ada yang sporting tu siap bawak uncang syiling a.k.a tabung ler kat ak nak tuko. Tapi ada yang budget bagus plak boleh sound2x hai kak camner nak niaga ni duit kecik pun tak da. Ak memang malas nak melantun balik, sebab lagi menampakkan ak tak matang cam deorang gak. Ak senyum jeala. Dek kerana malas nak panjang2xkan cerita ak senyum jela. Kalau adik ak, confirm makan dah siku ak ni., second reason, bila tokey ada sebelah, sure pikiran jadi melayang mana tah, seingit boleh jadi seribu, memang xyah terkejut ler bila hal ni terjadi kat cashier korang. third, time tengah keyin harga tu, ada orang menjerit2x tanya harga barang, kak sabun laen tak de ke? kak ni bape ek?..sure cashier korang akan hang dan meyebabkan harga terpunch 2 kali. Satu lagi, time2x orang nak fotostat ler nak print la..suma cahier nak kena jawab soklan cepumas tu, sekali ak cepuk kang baru tau, ni bukan ak yang cakap tapi ak tiru gaya ahmad nisfu..wahhaha

Ak ni ada penyakit yang tak boleh buat kerja bila orang duduk sebelah ak, means tengok ak buat kerja la. Memang haru biru jadinya. So, Please la percaya kat ak yang ak boleh buat kerja. Kalau ak tak tahu, ak mesti tanya punya. So dont wory ler tokey ea. Satu lagi, ak nak ingatkan tokey2x kat luar tu, manusia bukan robot, robot pun kadang2x produce action/output yang pelik ni kan manusia kan..so bertolak angsur la dengan mereka sekali-skala. Laen la klau deorang tu kaki rembat duit. Hari ni bengang sebab bbudak U--- ni buat ak salah enter price yang boleh menyebabkan ak short dan ak terpasa mngadap tokey ak..so please la..korg tu da dewasa so xyah la menampakkan kebodohan korang sendiri ok..adioss..

Friday, February 25, 2011

ati tersedak lagi!

Pehal la dengan ak harini, rasa menyampah kat seseorang saat ni la, ak tak boleh dengar dia ketawa. Tetiba ati rasa tersedak, cam nak nagis pun ada ni, ditambah pulak dengan lagu2x yang mendayu2x ni, ak mesti yakin kan hati ak bukan milik dia. Tapi bila dah stabil dia rapat kembali, sampai ak tak boleh fokus dengan apa yang ak buat sekarang ni. Tolong jauh kan dia dari ak Ya ALLAH, ak tak mahu hati ak luka, sedangkan hakikatnya ak tahu dia sudah berpunya. Kenyataan itu memang sulit tapi itu hakikat yang sentiasa ak buat tersedak dan tak mampu menerima akan itu. Berpuluh kali ak ingatkan diri ak, tapi hati masih degil tak kala tiap hari kelibatnya menyapa ku. Benci ak benci akan itu bila terjadi. Adakah ak ni dah kena sakit angau yang tak bertempat. Segera sedarkan ak ALLAH................

Tuesday, February 22, 2011

New world...

ASSALAMMUALAIKUM antoo-antoo blog..Lama betul ak tak update blog ak ni. Oleh kerana bosan, terupdate la jugak blog ak ni, setelah sekian lamanya. Bukan apa, sepanjang nilah ak busy kunun2x focus, al maklumlah ak final year, busy ngan final project, last sem ni mesti nak result best sikit kan. Pastu practical, busy plak ngan report LI, project company tu kasi lagi. Sekarang nilah baru ada masa nak update blog. Sekarang ak dah abis study kat UTeM tercinta..Ala senang cerita ak dah jadi penanam anggur lah, tapi tak jugak la penganggur sebab ak buat kerja sementara kat CC budak U---. Nak kata CC tak jugak, tapi macam koperasi pun ada jugak. macam-macam ada. Walaupun gaji tak lah macam programmer yang sepatutnya ak jadi tapi tah la sakit otak jugak jadi programmer ni, tidur memang tak kan sempurna asyik teringatkan dia jer, selagi tak siap jangan arap ley tidur sempurna. Tapi bagi yang gian, memang best la. Tapi mungkin suatu hari nanti :)

Gile penat arini. Tokey ak ni memang nak cepat kaya la ak rasa boleh la kot dia kawin. Semak jer klau dia ada kat kedai. Ak tak selesa betol la nak buat kerja, tonggeng2x depan dia. Ak paling benci angkat dan susun stok. Gila berpeluh, buat muka ak berjerawat jerk ngan habuk2x ni..muka berminyak. Seb bek bek ler time ak kerja dia selalu datang masa last2x ak time ak balik. Ak tak kesah satu aritu dia tak sebut nama ak pun. Aman kot ak rasa. yang tak tahan tu, tiap kali stok smpai mesti turn ak...rase nak jerit jerk weyhhhh..k la len kali sambng..daaaa