Monday, August 13, 2012

a part changes of my life..

Takdir, tu yang mampu ak luahkan. Macam macam dah terjadi kat ak, sejak ak tak update blog ni, malam ni, ak terasa ingin meluah. Lalu tangan dan jiwaku bersatu menghasilkan entry ini. Ak dah kena transfer ke takaful KL, sebab snior ak nak resign. Bos ak tanya, kalau dia hantar ak ke sana ape pendapat ak. Ak ley gatal jawap ok no prob as long as increase my salary. Mata duitan betul. Of cos la, ak duk shah alam, opis kat KL, dengan tol lg, minyak lagi, tu klau tumpang org la. klau nek train cer pikir, maunya ak lembik smpai umah. Tapi nak tak nak ak kena berdikari, smpai bila nak bergantung ngan orang. klau org yg ak berpaut tu tak de xkn ak mcm layang2x putus tali. Ak terima offer ni sebab ak pandang banyak positif walau ak tahu banyak negatifnye. Ini lah kehidupan, kita sentiasa menghadapi ujian adhock yang kadang2x kite tak terpikir p\langsung akan berlakunya hal ni yang boleh mengubah pola kehidupan kita seharian. 1st Ogos 2012 tarikh ak start keja kat takaful as IT consultant(Business Analysis).. Bayangkan ak kena survive sorang tanpa ada org nk guide. Ak hanya ada 2 minggu pulun ngn senior ak sebelum dia resign. Apa yang boleh ak cakap, will try my best. Nak dijadikan cerita,...........malas nk taip..k bye

Monday, July 16, 2012

Tafsiran dari pancaindera kurniaan illahi..

ALLAH kasi kite akal, mata, hati,dll untuk digunakan semaksima yg mungkin ke arah kebaikan dan janganlah lenyapkan fungsinya..sehingga mata buta untuk menilai salah sendiri jari menunding ke arah org lain, hati terlalu bongkak dan sombong untuk mengakui khilaf sendiri, kaki berlalu pergi tanpa akal mencerna rasional.

Lindungilah mereka yang tak mampu membela diri sendiri, mungkin pada masa itu die gugup hingga tidak mampu membela diri sendiri, meski kita tahu dia di belakang mereka sangat banyak yang tidak puas hati. Kadang2x ak kesiankan dia sebab die tua dari ak tapi dilayan macam sebaya ak. Tidak ak gentar menegakkan ape yang mereka salah tafsirkan, tapi mereka tegar untuk tidak mahu memahami ape yang ak cuba sampaikan. Masalah rumah sewa ni dah terlalu memebelenggu ak, sampai ak sendiri tidak tahu masalah apa yang kami serumah hadapi. Ak memang tak de masalah, masalah timbul bila masing-masing tak puas hati, pendam, dan sebelah pihak lg berfikiran negative..suke sangat berkalau. Sampai ak pun dah naik fedup dengar andaian yang mereka mereka ni buat..so bermusyawarah adalah lebih baik, maaf kak saya terkuat suara, sebab akak membuat andaian yang belum tentu merka fikirkan sampai sy rasa rimas dan sempit nak berfikir. Kalau tuduhan akak tu salah dah jatuh fitnah. Sia sia dapat dosa kering. Ni peringatan tuk diri sy sendiri yang kadang2x terlupa juga, yelah dah sedap sangat marah kat orang tu habis kebaikan org tu kite lupe, hanya nampak keburukan dia jer. Mana hilangnya kata-kata hikmah yang ak baca, menagis mengalirkan air mata sebab baca mutiara kata tu, tapi ak masih buat juga,,rugi rugi rugi..kena rasional. Tarik nafas dalam-dalam cuba senyum, cuba gembira, kena sentiasa ingatkan diri, dunia hanya sementara, dan kalau di timpa masalah memang kena kena kena fikir positif, oo ni mungkin bahagian ak, ALLAH sayang ak sebab tu dia uji ak dengan masalah ni, dan perlu ingat tiada masalah yang tak boleh diselesaikan, cuma result die either kita nak terima atau tak, betul atau salah, dosa atau pahala. Ak cuba sedaya upaya untuk kearah kebaikan, berfikiran rasional, kerana fikiran manusia berbeza-beza, kehendak berbeza, terpulang bagaimana kita menerima sesuatu pekara. Lindungi kami Ya ALLAH dari segala penyakit hati, ak dambakan keredhaan mu ...

Saturday, June 9, 2012

Pagi Di Singapura---PaRt 1

6.45 AM - June 10, 2012

Selamat pagi Malaysia, Singapura, pagi di Singapura, tak pernah ak impikan akan berada di luar negara, thanks bos sebab belanja kami ke sini. Ak pergi under company ak, bertemankan budak budak opis ak. (p/s: bos ak tak join pun). Seperti program yang lain, sah sah la ada motif dan tujuan kami ke Singapore. Seriously, ak rasa program macam ni memang dapat  mengeratkan silaturahim antara kami, yelah kami pun bukannya kerja sama satu tempat kerja, duk kat client site, gini ler nasib kteorang, jarang jumpe, tapi kalau ada program camni, memang terbaek la. Tak kesah sangat kat mana tempatnye dalam malaysia ke obersea ke ak orite jer. Bagi ak, ak tak de lah excited sangat nak gi singapore pun sebab singapore bukan di antara list negara idaman pelancongan ak, lagi pun ada seorang hamba ALLAH di bumi singapore ni yang ak rasa ak memang tak nak jumpa :) ak lebih prefer kalau vocation ak tu ada tumbuhan hijau - hijau, tanah merah - merah, laut biru - biru, sungai jernih ala yang macam band amuk punye tajuk lagu tu "Jernih". Tapi lagu ni best gak. Sebab pale ak tak geleng tak angguk tapi otak jer yang mencernakan makna dan penghadaman ak sangat jelas akan kemaknaan lagu tu. Tu baru ada value, ni lirik meraban, duk jerit, sampai terkeluar anak tekak penyanyi tu melontarkan sore, tapi lirik kalau mengarut, memang tak lah ak nak dengar...:) dah kenape plk kelaut ak ni..nk citer benda laen sebenarnya...aigooo


Pas subuh, ak dah tak ley tido dah, semalam kaki berjalan, berlari, melompat, tanpa henti, dah macam getis pn ada gak, tapi nak rakam semua memang tak cukup memori :)..tu pn ak guna hanset + nikon ak. Tengah duk snap- snap, bateri plak exhausted...sian deorag posing ala ala angelina jolie, tetiba bateri tak de.. sabor jelah..Tapi semalam lah gak ak tak ley nak tido, kaki ak berdenyut kot!!!..kunun masuk tdo awal la, hurm xmo nye nak lelap gak mata ni, puas pujuk suh berhenti kelip kelip kejap, hurm xmaunye die. Abis - abis ak golek golek kiri kanan, en tangan plk terasa sengal..ah sudah MACAM MANA AK NAK TIDO, hurm last last ak bangun, urut-urut kaki jap, seb bek jihah ada ley temankan ak jap, sies tak tahan!! KOL 2 AM ak tak tido lgi, pagi ni plak, pas dah solat subuh, kejut kejut jap deorang "bongkar mayang subuh" ayat nenek ak nih, pinjam nek. heheh...tetiba rasa nak update blog plk...tp maaf ler tak dapek la nk upload gambo, sebab tak de selera lg.nanti nanti ler..k bye..cam nak


Saturday, May 26, 2012

JoM....Topup Saham ke syurga!


 5 Rejab 1433 / 26 mei 2012-Sabtu

            ALLAH telah menggerakkan hati kami untuk melaksanakan kewajipan kami. Hari ni, ak memang berniat nak selesaikan masalah pinjaman ak, alhamdulillah dah tamat belajar dan dah dapat kerja tetap dan pendapatan tetap, dah tiba masanya ak membayar semula yang telah dipinjamkan oleh kerajaan negeri melaka kepada ak. Degree ak buat pinjaman kat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEM). Nah http://tapem.melaka.gov.my Pinjaman ni tak de bunga macam PTPTN, dan kalau result korang best boleh dapat diskaun lagi. Dan untuk itu, ak nak la try mohon, kot kot ley dapat kurang ke..result xde la 4plat tp ok lah kan :)...so, pas poskan apa yang patot diposkan ak melagho kan diri ngan ex opismate ak, rembat 2 3 helai baju,, pusing2x kompleks PKNS, menapak kat Plaza Alam Sentral jap, kira jalan jalan cari makan lah ni. Last - last makan nasi putih lauk kg jugak. Dasar perut orang kg kan :)..TAPI..yang kat atas tu mukadimah jer untuk posting ak kali ni..THE MAIN THING ...ak nak CERITA PASAL ZAKAT! ...cikgu ak cakap kalau tak de perenggan untuk pendahuluan markah akan kurang..eh ape kaitan ler pulak kn..

p/s:ALLAH sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba hambanya yang mengharapkan keredhaannya. Sama ada kita sedar atau pun tak, ia datang ketika kita perlukan teguran.


Ak memang tak terniat pun nak pergi Pusat Zakat Selangor hari ni, tah macam mana, kami terlalu depan pusat zakat ni dan kebetulan buka pada hari sabtu, kawan ak pun kate, eh jom tanya pasal zakat ni, akak dah kerja nak masuk 2 tahun x pernah pun bayar zakat. Pada mulanya, teragak2x jugak nak masuk, yelah tak tahu nak tanya apa, nak start kot mane pun tak tahu. Tapi alhamdulillah, ALLAH bukakan pintu hati kami untuk mengambil tahu ...............

Link ni boleh pandu korang menuju syurga, klau korang ikhlas www.e-zakat.com.my

  APA ITU ZAKAT!...
Zakat tu salah satu dari 5 rukun ISLAM yang wajib kita keluarkan bagi yang berkemampuan, jangan tahu nak makan buah sukun jer. Rata-rata bila sebut pasal zakat mesti tahu zakat yang kita kuarkan time hari raya kan. Sebenarnya Zakat bukan tu sahaja. ada banyak jenis, antaranya,

  1. zakat pendapatan, 
  2. zakat Perniagaan
  3. zakat Wang Simpanan
  4. zakat Saham
  5. zakat KWSP
  6. zakat Emas/Perak
  7. zakat Harta
  8. Qada Zakat
  9. zakat Pertanian
Jom zOom Meaning Of Zakat : 

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
             
 Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

        Rukun Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)


“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya 

kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk ketahui lebih lanjut, nasihat ak, korg pergi jer kat pejabat zakat kat tempat korang, dan bertanya. Tak rugi pun malah boleh topup saham ke syurga..syarat IKHLAS kerana ALLAH. Ak harap posting kali ni, dapat membantu korang dalam merialisasikan konsep ketuhanan. Semoga ALLAH menerima ibadah kita...InsyaALLAH.....

Thursday, May 3, 2012

lalalala

Sedang2x mata ak lancar meneliti satu per satu posting kat FB, tertarik plak nk klik link ni..


Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu Suka Pada Anda

Apelagi  baca lah. Sambil teranngguk2x ya, menggeleng2x tidak. Jum baca: kot kot simptom ni ada kat korang ke kan...

Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda.


Kredit to : http://www.2dayblogger.com/blog

Saturday, April 28, 2012

~~~Rasa Hati Saat Ini...



Di sini ak menunggu kamu,
Untuk sama sama melihat alam ciptaan tuhan,
Di sini kita bertemu dan bersatu..
Menjadi saksi danau dan subuh..
Tentang adanya kita;
Kembara di lambaian danau

Mengenalkan aku kepada embun pagi yang bersahaya
Yang menemani aku sebelum cahaya
Angin menghembus mesra menyapa walau mata terpejam,
Kamu tetap di situ memandang aku..
Menumbuhkan rasa yang menyesakan dada..
Aku mulai takut terbawanya cinta

Menghirup rindu yang menyesakkan dada
Tika aku menanti kamu di sini..
Hangatnya terasa dihati,
Aku tersingkir dari dunia nyata..
Tapi kita dari sudut yang berbeda seolah berbisik ditelinga,
Dari rasa yang harus aku batasi..
Di sini aku terus menunggu kamu,
Aku terus menunggu kamu sehingga aku lupa aku di sini....


Setelah berchating dengan teman sepekuliahan dahulu, mata ak masih tidah mahu lelap,sehingga membawa ak ke pukul 2.15 AM. Untungnye besok tak kerja, kalau tak masak masak...sebelum menaip untuk entry kali ni ak, baca bali posting ak yang lepas2x. Tiba-tiba timbulnya entry ni..Hehehe..mood tu penting untuk penulisan. Dahulu bahasanya sangat berbunga2x. Hehehe..

Terasa dah lama pula meninggalkan zaman persekolahan, zaman U..tup2x ak dah kerja sekarang ni. Jauh juga perjalan hidup ak ni. 

Hurm, tadi ak pergi pasar malam, kat situ ramai peminta sedekah. Sebelum ni memberi dengan niat kasihan,jauh disudut hati tersentuh akan kewujudan mereka. Tapi ak terbaca dalam satu laman ilmu, memberi sedekah juga kena pastikan orang yang menerimanya adalah orang soleh, supaya dia boleh mendoakan untuk kita nanti. Tapi yang paling ak tersentuh bila, seorang ibu meminta sedekah bersame anak yang masih tidak mengenal sesiapa. Dalam otak ak terus mencerna, kemana suaminya,tergamakah melihat isterinya bergini!.. sehingga satu tahap, ak tertunduk untuk melihat mak cik itu lalu ak berlalu. Setiap kali ak ke pasar, ak akan melihat orang di sekeliling ak, sampai kadang2x ak meletakkan diri ak ditempat pengemis tu sendiri. Ia buat ak sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH. Terlalu bersyukur, kerana ak masih mempunyai pelajaran, keupayaan, gaji yang cukup. Tapi mereka, ALLAH uji bergitu sekali, jika mereka menangani ujian ALLAH itu dengan sabar, pasti besar ganjaran yang ALLAH kurniakan kepada hambanya yang sabar. Semoga mereka tabah mengharungi hidup. 

Hidup tak selalunya indah,kadang2x kita dapat lihat pelangi, tapi kadang2x terus tanpa berhenti sehingga gelap. Sehingga membuatkan manusia terbiasa akan itu. Bagi yang baru merasa ujian itu, apa pula adanya....walau berduka sedalam mana ia pasti berlalu meninggalkan kita, masa yang berlalu akan terkunci rapat dalam kamus hidup kita, tapi ceritanya, kita yang rasa,kitalah penyimpan kuncinya..jangan hilangkan kuncinya, kerna suatu ketika kita perlukanya untuk mengharungi hari mendatang...



















 

Thursday, April 26, 2012

Miss My Company



Kerinduan kepada keluarga di kampung amat terasa sekali malam ni. Tadi mak call tanya kabar, mungkin rindu benar agaknya kat ak. Sejak 2 3 menjak ni sibuk sangat, makan pun kadang asal boleh jer. Hidup ak dengan kerja saja. Sampai ak lupa tanggungjawab ak sebagai seoarang anak. Bila balik dah lewat, mood nak berborak tu dah tak de. Kadang2x sampai tertidur kepenatan.

Alhamdulillah, tadi ALLAH bagi kelapangan masa untuk menonton rancangan ilmu semanis kurma, tajuk yang cukup cantik. Sedar tak sedar setiap bicara ustazah sedikit sebanyak telah sedarkan ak bertapa banyak dosa ak. Bila ak mengimbas kembali, ak kadang2x seperti itu. Ak berharap, agar ak tidak melakukan perbuatan itu lagi, ketahuilah mengumpat, mengata, boleh jadi sedar atau tak, tapi ia tetap dosa. Bersangka buruk pun dah dapat dosa, apatah lagi mengumpat dan memfitnah oarang.. Semoga ak akan lebih berhati-hati dalam menuturkan percakapan ku. Sungguh ak manusia yang lemah, seringkali tidak berbatas dlam berkata-kata. Tapi sedaya ak mencuba ke arah yang diredhai ALLAH.


Tuesday, March 20, 2012

AsyiK nk SenTap jeR lah..


Tengah sedap2x tangan menguap nasik ke mulut, sambil mata menghadap TV, dan dan jer berita time ni. Dah jadi kebiasaan ak, bila berita jer ak tutup TV/lari dari melihat TV dan sewaktu dengannya. Bukan apa, ak ni jenis sentap, memang xley tengok atau dengar bencana, kisah culik, orang hilang , kes rogol, lagi tragis bila dengar pasal umat Islam di palestin, Iraq, automatik mata ak akan berair, sebak, terus ak hilang selera nak makan. Nasi ak tolak ketepi, lalu mulalah sesi muhasabah diri, ak ni makan, pakai suma cukup tapi bersyukurkah ak....bla..bla..bla..terus ak lari dalam bilik layan sentap jap. Ak bukan kaki berita sebab hal ni lah. Tapi kalau tak tengok xtahu lah apa jadi kat dunia sekeliling ak ni. Bila dah tengok, tak sanggup rasa.

Friday, February 24, 2012

ak jd angry bird hari ok!

Ak tak tahu la nak mulakan caner, tapi yang pasti skng ni jantung ak nak meletop, mata pulak dah start merembes laju, mulut pulak aktif nak memaki orang, otak ak memang xboleh nak waras lagi, TAPI hati tetap kate sabar ...

Apa punya nasib la arini, malam tadi sebelum ak tidur niat ati sikit punya cantik dah, besok nak gi kerja dengan penuh kegembiraan,keindahan, kedamaian, tanpa tension tensionan almaklumlah ari jumaat.. memang berjayala sampai balik. Tiba tang balik tuh, memang xde dah nak indah, gembire bagai dah...mata ak hanya tertumpu pada motor yang mendajalkan motor ak jer time tu...tetiba jea darah ak membuak2x tengok plate motor ak patah..yang xley blah tu serpihan plate motor ak tu cantik jer kat ade kat situ...motor tu plk mmg cantik jer park kat plk motor ak...ko ni memang tak de mata ke ape..ko da tahu ak letak motor kat situ, yang ko sengal sangat nak menyelit gak parking kat situ pehal..tak pasal2x dah jahanamkan plate motor ak..ak memang xley blah la dengan orang yg alih2x motor org ni..dah ko lambat, park la luar..ke ade org yang gatal2x duk alih2x motor org bile dah jahanamkan gerta org ko buat2x xbersalah plk.
Satu lagi yang ak xley blah ngan pak gurd kat opis ak ni..ak ngadu kat die, die boleh kate plk ala org laen pn da biase da, ade yg lagi teruk..abis pecah2x..deorg buat biasa jer...warghh ade ke ko ckp mcm tu..dah tu baek ko xyah sediakan parking, baek ak parking merata2x klau jahanam pn mmg salah ak letak merata...ni ak letak dalam kawasan opis kot..ak.stakat nak ganti plate motor tu apala sangatkn ..tp ak mmg tak puas hati ngan jawapan ko la..ko boleh ckp cmtu...kena batang idung ko sndiri nanti baru la ko rasa kan..xpe ak tgu jer haritu..


p/s: ak nak penjelasan dari owner kenderaan nih..!!!!