Wednesday, January 21, 2009

Perhimpunan bantahan terhadap kekejaman israel dn sekutunya AS..




Tuesday, January 20, 2009

Saudaraku di palestin..


Dikala ak menulis catatan ini, bumi palestin pula sedang menjadi medan menjamah bom nuklear tentera zionis laknatullah.Tidak kah ada rase belas kasihan kepada kanak2 wanita bayi2 yang tidak bersalah menjadi makanan bom mereka. Dasar manusiatidak punya hati, tidak terpikirkah jika yang menangis itu ibu kamu yang melahirkan adik yang kau kasihi menagis mencari abangdan kakak. Tidak kah ko terpikir tentang kebesaran tuhan tu, yang menciptakan mu, dan yang pasti engkau akan mati. Kelak ko akan menjadi bahan bakaran di neraka jika kau tidak bertaubatdan mengakui tuhan ku adalah tuhan mu, yang menjadikan ak dan kamu.
Tapi kau masih jahil membunuh ribuan saudara ku di palestin tanpa ada rasa bersalah. Manusia jenis apa kamu ni. Ak merasa sedih dan duka cita tatkala ak melihat saudara ku di sini masih lalai dan tidak mensyukuri nikmat iman, nikmat kemerdekaan ygkita miliki. Wahai saudaraku disini tidakkah kau merasa terharu mendengarkan cerita ini. Seorang pembantu prof ku telah menceritakan sesuatuyang bergitu membuat hati kecil ku berkata "bergitu agongnya pengorbanan seorang hamba kepada mu ya ALLAH". Dia menceritakan rakanya seorang wartawanyang bertugas dinegara palestin untuk meninjau keadaan disana. Apabila disana beliau mendapati seorang ibu menagis di kubur anak-anaknya. Lalu bertanya kawanya kepada ibu tersebut melalui perantaraan penterjemah disana. Kenapa makcik menangis, wanita itu pun berkata, "ak menagis sebab ak telah terlalutua untuk melahirkan anak lelaki untuk dihantar ke medan perang jawab ibu tersebut. Jika ada lagi anak lelakiku nescaya ak akan hantarnya untuk pergi berperang.Tetapi semuanya telah syahid dimedan peperangan. Bertapa dalamnya semangat jihad yang ditanamkan didalam diri anak2 masyarakat arab ini. Tapi kita sangat jauh bezanya dengan mereka. Negara bebas, tetapi masih dijajah pada hakikatnya. Tidakkah kita sedarKIAMAT PASTI DATANG, dan HARI KEBANGKITAN ADALAH BENAR, SYURGA DAN NERAKA ADALAH BENAR. Janganlah kita takut untuk berjihat menegakkan ISLAM agama ALLAH.Ak mengigatkan diriku yang seringkali tergelincir dari landasan sebenar ini, supaya menjadi hamba yang sentiasa mengigati akan adanya hari kemudian. Janganlahtakut menegakkan agamanya.
Walaupun ak tidak berdaya untuk mengangkat senjata berjuang bersama saudaraku di palestin tapi ak tetap membingkiskan doa dan Al Fatihah, Yassin rayuanku pada ALLAHmoga saudaraku dipalestin dikuatkan semangat jihad mereka. Melalui itu juga ak telah menghadiri satu perhimpunan di MITC melaka untuk mengadakan tunjuk perasaan atau perhimpunan rasmi bagi mengumpul dana untuk saudaraku dipalestin. Hanya itu yang ak mampu lakukan.dalam perhimpunan ini, ramai sekali pelajar2 melaka yang hadir sebagai rasebenci dan marah mereka terhadap tindakan tentera zionis(israel dan sekutunya AS). Perhimpunan itu juga disertai oleh pelajar palestin sendiri yang sedang mengikutipengajianya di Malaysia.

Ak menyeru kepada semua pembaca blog ak ni, agar sama2 memboikot barangan buatan mereka.Hanya itu yang kita mampu lakukan untk menolong saudara kita di palestin.



Friday, January 2, 2009

Saturday, January 03, 2009 1:00:17 AM

Hidup ini seringkali kita diberi pilihan untuk memilih. Dalam membuat keputusan pasti ada yang terluka. Terkadang pilihan yang kita buat tidaklah sehebat kata putus yang kita buat. Terkadang dengan berserah jer lebih baik dari membiarkan diri kita membuat keputusan. Kepastian dan kepuasan yang kita dapat dari membuat keputusan tidaklah seperti apa yang kita harapkan. Kadang2 membiarkan orang membuat pilihan bagi kita lebih baik dari hati kita tak senang dengan keputusan yang kita buat sendiri. Kita mengharapkan dengan membuat keputusan dapat memberikan kepuasan dan jalan terbaik bagi kita dalam menyelesaikan masalah. Tapi kita lupa keputusan kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Dalam kita ingin menjaga hati semua orang tapi pasti ada hati yang terluka dengan keputusan yang kita buat secara rasional. Dalam masalah ni apakah konsep artificial intelligent boleh di aplikasikan. Manusia bukan mesin meski pun keputusan akhirnya 98% betul tanpa ada rasa besalah ia mengeluarkan fakta dan kesimpulan. Ak tidak semudah mesin atau robot untuk menghasilkan keputusan yang dapat memuaskan hati manusia lain. Secanggih mana mutan tapi ia perlu diprogramkan bukan seperti manusia tidak perlu diprogram kerana ia berfikir secara unstructured berbanding mutan yang structured. Tiada hati dan air mata untuk menunjukkan perasaanya. Itu yang membedakan manusia dan mutan dan konsep artificial intelligent.

- ak bukan la nak melalut tapi hasil dari rasa dan menulis berteraskan akal yang normal. Mekipun ada yang terasa konpius dengan konspirasi yang ak hasilkan sendiri. Secara teorinya, ak kena buat keputusan samada nak masuk kelas DR B atau kelas EN S untuk subjek AI. Untuk makluman korang DR B tu dekan FTMK(multimedia) tapi bidang dia study sepatutnya AI Cuma dia dipinjamkan untuk jadi dekan mmdia. DR B tu pak cik ak. Tapi ak tak penah bersapa dengan dia since dia kawin ngan busu ak. Sebab tak lama pastu dia g UK sambung amik PHD jadi DR. balik2 jer jadi KJ kat UTeM. Ak pun tak tahu dia keja kat U tu. Tup tup satu falkulti. Ak bukan tak nak masuk kelas dia tapi cam janggal jea. Mulanya sebelum susun jadual ak mentah2 kata taknak masuk kelas DR B tapi lepas susun jadual terpaksa jugak masuk kelas DR B. tapi ak berkeras jugak nak masuk kelas EN S. so ak try la adjust lagi jadual. Sampai dapat. Then ak bagitahu la kat coursemate ak ,ak xjoin deorang so deorang masuk DR B ak join kelas EN S. dahla si E marah kat ak. Apa lagi ak melantun la balik. Ak punye jadual yang dia nak marah awatnya. Ni la jadinya kalau da berkawan semuanya nak ikut kawan. A pun da ingatkan ak. Sebab dia nak join kelas DR B asalnya. Pastu ak malas nak bising2 so ak terus masuk tidur. Buat sakit pale je pikir. Bangun jea pagi tu A bagitahu dia beralah masuk kelas EN S. Lepas tu ak rasa cam tak best jer kalau dia buat keputusan sebab ak. Rasa macam ak pentingkan diri la plak. Lepas tu ak try jugak susun ikut jadual lepas ak msuk kelas EN S tapi banyak plak masalah. Nak tak nak ak terpaksa masuk kelas DR B. maybe tu boleh jadi pemuas hati semua pihak. Tapi besok tu nak pergi kelas baru ak tahu A join kelas EN S. terkilan la jugak A buat keputusna tu. Maknanya ak kena cari partner lab la. macam tu la prob ak. Now ak masuk kelas DR B yang asalnya bukan pilihan ak. Tapi ak cuba juga. Lepas ni segala risikko ak yang kena tanggung sendiri. Memang pelik ak ni, lebih rela sakit dari melihat orang lain sakit. Ak pelik semua yang ak pilih semuanya sukar untuk dijalani. Mana la tahu dia tu kedekut markah ke. Straight ke. It s risiko. Hope pilihan ni betul.

p/s: semalam kelas first ak ngan DR B. biase2 jea. Dia pun buat macam tak kenal ak. Tu yang best tu. Hihi