Monday, February 23, 2009

Pilihan Warna Singkap Personaliti

Warna menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Lebih bahaya, warna juga kononnya mampu mentafsir kelebihan dan kelemahan diri sama ada garang, lembut, pemurah atau periang.

Rona merah, misalnya lambang keghairahan dan berani. Mereka yang menggayakannya dikatakan memiliki personaliti tegas dan penuh keyakinan diri untuk menonjolkan kelebihan diri. Namun, awas merah juga lambang diri yang tamak dan pendendam.

Sekiranya anda ditimpa perasaan tidak menentu sehingga menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja, pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan urat saraf yang tegang, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri.

Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Apakah anda berani menggayakan warna beraneka dan terang? Terserah kepada anda untuk menyingkap siapa diri anda sebenarnya.

Mengenali warna dan sifatnya

Emas

Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.

Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih

Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

Negatif: Boros berbelanja

Kuning

Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah

Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau

Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu

Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat

Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.

Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak

Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu

Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam

Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu

Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga

Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru

Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

3 Kategori Cinta Menurut Islam

Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.

Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.

Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.

Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.

Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.

tah ape2 tah ak merepek nih..

6.50 ptg sunday 22 feb 09

sambil menunggu giliran untuk mandi, ak menjengah keluar jendela, tingkat 4 membuatkan ak nampak segalanya dibawah. Petang yang nyaman lagi indah sebab dah lama bumi melaka tak hujan. Petang ni hujan lebat la jugak plus petir lagi. Tapi ak suka, sekurang2nya romate ak tak penat dengar ak merungut panas panas. hehehhe..Petang2 macam ni tetiba jer teringat
kat keluarga kat kg. Rindunya nak jumpe deorang. Minggu depan ak akan pastikan ak akan balik jugak.InsyaALLAH. Walaupun sekarang hati tengah sakit, tapi cuaca petang ni mengatasi rasa sakit hati ak ni. Sabar jela. Tapi arini ak agak terkejut la jugaksebab rumah ak kelihatan agak bersih. Baru jea kelmarin ak merungut dalam diari elektronik ak, yang ni tak siapa pun tahu. lalala.Tapi alhamdulillah la ada kemajuan nampaknya. Cuma hal yang satu tu jea lagi ak rasa mereka tak perasaan. Biarla. Ak nak korang melihat apa yang korang tak nampak, tapi akhirnya korang akan perasaan jugak tanpa ak memberitahu korang k...Hope so..Tapi sekarang ni ak cuba belajar terima kalau orang buli kita atau amik kesempatan kat kita. Sebab kalau ak pikir kan sangat hati boleh jadi sangat sakit.. Dan ak nak cuba "Positive thingking" walaupun masih belum ak kuasai sepenuhnya sikap ni tapi suku lepas da kot.hahaha. Actually, ak baru jea
baca satu buku ni.. apetah tajuk die yang pastinya salah satu ciri 2 orang yang berjaya adalah think positive..

Sunday, February 22, 2009

cerita semalam part 5

Niat untuk menulis selalu jea ak terpaksa tangguhkan dek kerana keletihan sehingga otak ak
xdapat nak mengeluarkan isi2 yang ak nk tulis walaupun ade hati yang nak menulis. tapi subuh ni, sebelum assmnt pemikiran kreatif dan kritis ak sentuh ak. Minggu ni banyak sangat mid term ngn lab test. Ada yg berturut dan berturut2 ari la ak tido tak normal. Lumah seorang pelajar.
Semalam ak tak dapat nk join budak rumah ak g tgk muvi. Ak penat sangat semalam. Pegi Hostp. Besar Melaka mcm
nk balik kg menunggu bas lamenye. Almaklumla hari jumaat mmg susah dpt bas. Da sampai hosp. pulak die kate xboleh
nak buat rawatan mesti ada surat dari klinik kesihatan. Tak boleh direct jumpe die. Ape lagi kehampaan yang nyatalah nampaknya.
Geram punye pasal ak habiskan duit beli sport shoes, siap beli kain baju kurung ngn tudung lagi. Ranap la jugak duet ak. Ak turun ngan romate ak aini.Die pn sakit gak. Sampai merah2 mata. Mungkin jugak dunia semakin panas la sekarang. Lepas balik jea smlm ak terus tido. Kepala berdenyut. Kalau korang ajak ak pi taman botanikal ke pantai ke boleh jea nk join pun, tapi tengok muvi tu ak kureng sikit. Sesak. p/s: ak ade capture gambar tapi xley nk letek cni sbb hndst ak ade TROJEN..hahhahah....baek ak tengok kat laptop. siap baring2 lagi. agaggrr :). Tak tahulah deorang balik kol wape semalam. Tapi yng pastinya ak akn turun join senaman aerobik petang ni. Tapi macam nak hujan jea petang ni

Hajat hati nak balik KG minggu ni. Tapi banyak pulak asmmnt nk kena submit. Terbantut lagi niat nak balik. Semalam mak ak call, surat konvo da sampai.
Hajat hati nak pergi TAPI tarikh die dekat sangat ngan final exam. nak kena beli baju konvo lg, bayaran die jea da dlm 200, tiket ak pergi balik da seratus.
Cmner la nk pegi gini. Tengokla klau larat ak pergi la. Tapi xbest la xdapat jumpe kawan2. Lame btol ak xjumpe deorang.

Monday, February 16, 2009

Lajukah Pc Anda.


Dalam panduan nie ia terbahagi kepada 2 peringkat:

1. Menggunakan windows build-in softwares (Iaitu software yg dtg ngan windows anda)
2. Software 3rd party (Iaitu antara software2, demo, shareware, trialware dan freeware)

A: Software Windows:

1. Disk Cleanup
2. Disk Defragmenter


Aku mulakan ngan 2 build-in software yg ader dlm windows anda tuk peringkat pertama.

1. Disk Cleanup

i). Aper tu disk cleanup? Leh anda rujuk sini dan ikut kaedah cam ner nk access disk cleanup:






Cam ner nk guna disk Cleanup secara efficient? Begini caranya:

IPB Image

ii). Pas anda habis bersihkan pc, RESTART pc anda.

2. Disk Defragmenter

i). Aper tu disk defragmenter? Leh anda rujuk sinie dan ikut kaedah cam ner nk access dan clean.


CODE

http://support.microsoft.com/kb/314848




ii). Cam ner nk guna disk Cleanup secara efficient? Begini caranya:

IPB Image

IPB Image

IPB Image

iii). Pas anda buat, sila restart pc buat kali pertama. Bila anda dah buat kali pertama anda dinasihatkan buat kali kedua dan kali ketiga bagi mengoptimumkan prestasi HDD anda. Walaupun anda menerima kotak dialog cam dlm gambar ketiga diatas, dinasihatkan ignore tuk kali kedua dan ketiga.

iv). Restart pc anda pas abis defragmenting.

v). Kedua software diatas tuk membersihkan dan optimumkan HDD anda supaya read+write access lancar dan tanpa lagging biler access sesuatu file/folder.

B). Software 3rd Party iaitu perisian yg bukan dari windows.

3. TuneUp utilities 2008
4. System Mechanic 7.5.9.1
5. Cfos Speed 4.21
6. TCPIP Patcher
7. Raxco Perfect Disk 2008


5 software diatas lak agak complicated tuk aku bincangkan disini sbb image yg byk xleh aku post dlm satu topic. Tapi secara ringkas aku akan beri panduan cam ner nk guna kelima software diatas.

3. TuneUp utilities 2008 - Amat user friendly dan senang nk guna, tuk optimumkan prestasi anda leh rujuk tutorial aku mengenai tuneup utilities 2006 kat sini:
http://forum.jiwang.org/panduan-Cam-Ner-Nk-Configure-Tuneup-Utilities-2006-t5262.html

i). Kaedahnya sama jer cuma GUI jer lain, rajun rajin laa belek setiap fungsi yg ader dlm versi baru nie.

ii). Pas buat sila restart pc anda.

4. System Mechanic - Satu software sejak lama versi 3.6 aku gunakan sehingga versi skrang yg dah masuk versi 7.59.1. Software nie cukup berkuasa tuk buat segala tweak dan optimization atas sesuatu pc.

i). Cara nk buat, Gunakan analyzer dan buat Total Optimization seterusnya restart pc.

ii). Tuk abiskan Total Optimization sekurang kurangnya 2 Jam diperlukan bergantung gak ngan kelajuan pc anda dan RAM yg anda ader. Ia juga bergantung pd seteruk maner HDD anda ader system clutter yg byk.

iii). Jadi tuk menggunakan total optimization nie, anda digalakkan tutup AV/IS anda, dan sume background application yg running kat system tray. Dan buat pd waktu anda tidak menggunakan computer.

iv). Pas buat, sila Restart pc anda. Anda 100% leh tgk peningkatan prestasi kelajuan pc anda.

5. Cfos Speed - Software nie lak tuk optimumkan penggunaan internet anda. Maksudnya download/upload anda dpt diguna penuh ngan menggunakan software nie.

i). Cara nk guna, senang jer, install dan biar ia dlm keadaan default.

ii). Jika anda nk, katakan cam aku laa, aku guna download dan upload yg byk pd masa serentak. Download movies guna IDM (Internet Download Manager) dan pd masa yg sama mengUPLOAD benda atau streaming video dari internet secara live contoh cam Youtube. Jd, tuk jalankan sume tu serentak, aku perlu berikan perhatian pd sesuatu software.

iii) Dlm konteks nie, IDM aku jadikan priority tinggi dan HTTP request tinggi dan Streaming media tinggi dlm settings Cfos nie. Tuk access settings amat mudah right click icon kat system tray dan masuk options tuk configure aper benda korang nk utlitise dahulu.

iv) Jika dah set sume ngan betul pasti connection internet anda TIDAK terganggu jika anda download dan stream pd masa yg sama. Cth ader kala org download dari IDM pas tu kata loading website lembap laa, jadi dlm keadaan nie, Cfos memainkan peranan tuk optimize sume process yg berkaitan ngan download/upload yg berlaku dlm pc anda.

6. TCPIP Patcher - Aper lak benda nie? Ia digunakan tuk patch TCPIP limit yg default pd system windows yg defaultnya ialah 10 con-current connection. Patcher nie digunakan tuk bypass 10 connection ker baper byk connection yg anda nk. Lebih tinggi nilai lebih cepat connection sbb byk port leh dibuka ngan nilai yg tinggi.

i). Cam ner nk gunakan nie? Download secara direct dari sini:





ii) Cam ner nk install? senang jer, double click file EXE dan satu kotak itam akan muncul, pilih baper conenction yg anda nk ubah. Katakan laa, cam aku, aku guna 70,000 connection dlm windows vista sp1. Anda leh letak nilai cam 50,000 atau 10,000 atau even 1,000. Tp nilai connection mesti xleh 70,000.

iii). Pas anda masukkan nilai sila restart pc dan jika anda dpt kotak attention menyatakan tuk masukkan cd windows, anda tekan cancel dan teruskan ngan execute command tersebut.

iv) Patcher nie byk membantu dlm dunia torrent.

PS: Link patcher diatas KHUSUSNYA tuk windows XP, XP2, XP3. BUKAN tuk VISTA. Tuk vista aku akan beri panduan lain sbb bukan sajer patcher yg perlu tp ader byk lg setting dlm Vista perlu ubah. Aku akan wujudkan topic berasingkan ttg patcher nie kemudian khasnya tuk Vista.

7. Raxco Perfect Disk 2008 - Software yg paling efficent tuk defrag HDD. Gunakan software nie pas menggunakan 6 software diatas. Software nie adelah yg terakhir anda gunakan dlm topic nie.

i). Edisi 2008 perfect disk ader byk perubahan, dikategorikan dlm 3 peringkat, SmatPlacement, Consolidate Free Space dan Defrag Only.

ii). Pas install, click pilihan SmatPlacement dan analyze seterusnya defragment. Pas abis restart pc.

ii). Diikuti ngan Consolidate Free space dan analyze seterusnya defragment. Pas abis restart pc.

iv) Defrag Only tu anda leh buat pas seminggu.

Tu laa dier secara ringkas 7 software yg leh melajukan pc anda dan melajukan @ mengoptimumkan prestasi internet anda.



Lupa satu benda….Sebelum menggunakan 7 software tu, anda perlu update windows anda menggunakan Microsoft Windows Update. Pilih sume update dari Critical, Optional. TAPI jika ader update dari Hardware pastikan anda berwaspada tuk update, kekadang update hardware ialah dari Microsoft sendiri dan selalunya akan suah update driver graphic anda. Pastikan enable system restore dahulu sebelom buat update tersebut.

Indahnya Cinta ISlam..

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan


Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana


Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)


tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)


ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)


pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.


Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani


Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah... .


Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.


Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati... ..'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah


Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah... .
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w


Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ... .iman
Jalannya ... .syariat
Natijahnya... ..akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan... ..
"Soleh dan solehah"

Ingatlah Seruan Malaikat Ni Tiap Hari Pada Kita

abul laits berkata:Ayahku berkata:
Diriwayatkan dari Rosulullah saw besabda:Tidak tiba suatu hari melainkan turun lima malaikat.. pertama di mekah.kedua di Madinah,ketiga di Baitul Maqdis,keempat di kubur kaum Muslimin dan kelima di pasar kaum Muslimin..

Adapun yang turun di Mekahmaka berseru:Ingatlah! siapa yang meniggalkan kewajipannya kepada ALLAH.maka terlepas dari rahmat ALLAH..

Dan yang turun di Madinah berseru:Ingatlah!siapa yangmeniggalkan sunnaturrosul maka akan terlepas dari syafaatnya..

Adapun yang turun di BaitulMaqdis maka berseru:Ingatlah!siapa yang makan harta haram tidak diterima sumer amalnya..

Dan yang turun di kubur kaum muslimin berseru:Hai! ahli kubur.. apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan??

Jawab ahli kubur:kami menyesalkerna tidak dapat menambah amal.dan atas umur kami dahulu yangkami buang(sia2kn)begitu saja,dan kami selalu iri ati kpd orang2 yg selalu solat berjemaah dan memebaca Al quran,dan membaca selawat Nabi saw dan membaca istighfar sedang kamisudah tidak dpt berbuat sume 2 lagi..

Adapun yang turun di pasar maka berseru:Hai manusia,tenag-tenaglah sebab ALLAH menentukanbalasan hukuman,maka siapa yang takut dengan pembalasan hukuman ALLAH harus segera memeperbaiki dirinya dan bertaubat dari dosa2nya..

Kami mengingatkan kamu tetapi kamu tidak mengingatkannya,dan kami takut kamu pula tidak takut,andaikan tidak ada orang2 yang khusyuk da tidak ada bayi2 yang menyusu,dan binatang yang terpelihara dan orang2 tua yang rukuk(solat)nescaya telah dituangkan(diturunkan) ke atas kamu seksa sekaligus...