Friday, February 24, 2012

ak jd angry bird hari ok!

Ak tak tahu la nak mulakan caner, tapi yang pasti skng ni jantung ak nak meletop, mata pulak dah start merembes laju, mulut pulak aktif nak memaki orang, otak ak memang xboleh nak waras lagi, TAPI hati tetap kate sabar ...

Apa punya nasib la arini, malam tadi sebelum ak tidur niat ati sikit punya cantik dah, besok nak gi kerja dengan penuh kegembiraan,keindahan, kedamaian, tanpa tension tensionan almaklumlah ari jumaat.. memang berjayala sampai balik. Tiba tang balik tuh, memang xde dah nak indah, gembire bagai dah...mata ak hanya tertumpu pada motor yang mendajalkan motor ak jer time tu...tetiba jea darah ak membuak2x tengok plate motor ak patah..yang xley blah tu serpihan plate motor ak tu cantik jer kat ade kat situ...motor tu plk mmg cantik jer park kat plk motor ak...ko ni memang tak de mata ke ape..ko da tahu ak letak motor kat situ, yang ko sengal sangat nak menyelit gak parking kat situ pehal..tak pasal2x dah jahanamkan plate motor ak..ak memang xley blah la dengan orang yg alih2x motor org ni..dah ko lambat, park la luar..ke ade org yang gatal2x duk alih2x motor org bile dah jahanamkan gerta org ko buat2x xbersalah plk.
Satu lagi yang ak xley blah ngan pak gurd kat opis ak ni..ak ngadu kat die, die boleh kate plk ala org laen pn da biase da, ade yg lagi teruk..abis pecah2x..deorg buat biasa jer...warghh ade ke ko ckp mcm tu..dah tu baek ko xyah sediakan parking, baek ak parking merata2x klau jahanam pn mmg salah ak letak merata...ni ak letak dalam kawasan opis kot..ak.stakat nak ganti plate motor tu apala sangatkn ..tp ak mmg tak puas hati ngan jawapan ko la..ko boleh ckp cmtu...kena batang idung ko sndiri nanti baru la ko rasa kan..xpe ak tgu jer haritu..


p/s: ak nak penjelasan dari owner kenderaan nih..!!!!

Tuesday, December 20, 2011

Ak Jatuh Sakit...alhamdulillah.....


Wah dah lame ak tak demam macam ni, last aritu masa buat FYP degree, lepas 6 bln lebih ak kerja, rase lagi, alhamdulillah ya ALLAH, semoga dengan ujian sakit yang engkau
berikan kepadaku sungguh dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku. Harini ak terpaksa MC, semalaman ak tak boleh tidur, kepada rakan sekerja ku, ini bukan yang ak pinta seandainya ak mempunyai kudrat untuk ak pergi bekerja, mana mungkin ak tega membiarkannya keseorangan di opis. Ak tahu kau juga merasa apa yang ak rase, sekurang2xnya kau masih mempunyai seseorang, untuk menjagamu, tidak ak.

Badan terasa berbisa dek nikmat hujan semalam, hanya mampu menelan bubur. Buat pertama kalinya, ak memasak bubur untuk diri sendiri, sebagai alas perut untuk makan ubat. Berharap kelegaan untuk jangka waktu yang panjang.Seusai menjamah bubur dan makan ubat, hanya mampu baring dan baring sementara menanti zohor. Jika saat ini ak berbicara,pasti sumbang bunyiknya..sengau semacam,,,harap2x besok ak berkudrat untuk meneruskan sisa kerja minggu ini..

ALLAH tarik seketika nikmatnye, nikmat rasa, nikmat bau, nikmat sihat, tapi ALLAH kurniakan ak nikmat yang 1 paling berharga iaitu iman. Sungguh, ketika ak sakit ak terasa dekat dengan pemilik nyawaku. Berasa marah namun, dengan segera hati berbisik ini ujian ALLAH, lalu marah segera berlalu pergi. Puas ak berguling2x terasa bosan menyelubungi, lalu jejari ku mengoogle sesuatu untuk rohani ku.. terjumpa ini, lalu ak tergerak untuk kongsikan kepada rakar blogger sekalian...kredit to http://yaqeenahmad.wordpress.com

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Biarkan badan dan emosi kita mendapat haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan. Namun, bukan hak kita menyatakan apa yang kita lakukan adalah ikhlas, sesungguhnya ikhlas itu milik ALLAH.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka. Dan ketika ini lah juga, kita dapat melhat reaksi orang disekeling khususnya, adakah meraka mempunyai rasa prihatin, timbang rasa, memahami atau mereka mementingkan diri sendiri atau hanya sekadar teman sementara dikala kita senang/sihat.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…




Sunday, September 18, 2011

kasih mak....

Post kali ini mungkin lebih syahdu, kerana tika ini ak amat merindui mak dan keluarga ak. Ak tak tahu perasaan ini hadir tanpa dipaksa, rasa yagng teramat rindu dengan mereka. Rasa yang membuatkan mengalirkan air mata. Terbayang saat bersama mak. Susah payah mak, kasih sayang mak. Tak tergamak rasanya nak menderhaka kepada insan yang bergelar mak. Kasih sayang sangat tulus, memberi kesan yang sangat mendalam jika kehilanganya. Ak terlalu lemah jika kehilangannya ya ALLAH. Setiap hari ak risau kesihatan mak ak, mak ak ade lelah. Syawal aritu mak ak kena serang lelah lg. Ak sangat risau kesihatan mak. Tiap hari ak berdoa, agar mak ak, keluarga ak di lindungi dari segala kejahatan dan kecelakaan. Berikan mereka kesihatan supaya ak dapat terus berbakti dan membalas jasa mereka ya ALLAH.

Tika ak tidak ada tempat berpaut didunia ini, mak lah orang yang sentiasa mempercayai ak, kepercayaan yang mak berikan tak kan sesekali ak salah gunakan. Ak insan yang lemah tanpa kasih sayang mak. Ak berharap agar ak di kurniakan suami yang dapat menjadi sandaran kasih, sebagai penyambung kasih walau tak setara kasih mak, tapi masih ak rasa ada tempat untuk berkasih. Keagungan kasih sayangmu, tiada tara nilainya. Semoga mak sentiasa dalam lindungan mu ya ALLAH. Ak sangat berharap mak akan tinggal bersamaku. Sungguh ya ALLAH. . . ak ingin menjaga mak ku hingga nafasnya yang terakhir. Ak pernah diabaikan, ak tidak mahu mak ak merasakan itu. . . ak berharap sangat ada job vacancy kat Melaka. Tapi setakat ni rezki ak kat bumi s.alam. walaupun xjauh tapi jarang balik,…

Mak sentiasa mendahulukan anak2xnya, kurang bicaranya jika dia gundah, tidak suka meminta untuk di belikan sesuatu, namun hati ini mengerti akan tanggungjawab seorang anak terhadap kebajikan maknya. Kadang-kadang ak rasa nak belikan semua yang terbaik tuk mak, tapi kemampuan ak terbatas. insyaALLAH rezki itu ada.

Tiap kali ak nak balik s.alam, pasti mak akan bekalkan rendang atau lauk. Kadang2x ak merasakan pulangnya ak dikampung akan menyusahkan mak. Saat yang paling menyentuh kalbu bila melihat wajah mak ak semasa dia tidur. Dapat pahala tau kalau tengok wajah mak ayah kita. Saat tu la, akan terlintas, ak ni selalu buat mak sakit hati, ak ni selalu menyusahkan mak, ak ni …macam-macam la..akhirnya ak akan meminta ALLAH supaya menjaga mak ak, melindunginya, kurniakan kesihatan dan umur yg panjang supaya ak dapat berbakti padanya dan berazam xkan buat perkara-pekara yang mak tak suka.

Alhamdulillah lega sikit rasanya bila dah meluahkan rasa hati ni..tika ni ak sangat merindui mak ak. Nak message cakap rindu takut mak ak pelik pulak. Herm, ak ni kalau rindu kat seseorang tu event kawan pun, direct jer ak message cakap rindu. Pernahla ak message cakap rindu kat mak ak, mintak ampun segala bagai, mak ak risau pulak ..(dlm erti kata yang laen..buang tebiat ke anak ak ni..)…

Omma ,,sarange eo…

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan ...

Ramadhan 14, 2011

Dari pagi hingga sekarang ni, ak masih di posisi yang sama. Alam maya menjadi tumpuan ku. Facebook, Chat, update cerita korea baru..hehehee. Mode:lagu raye :) ...tetiba ak terasa nak update blog pulak..update blog kena ada gambo baru best. Apa lagi nikkon coolpix s3000 di aktive kan, ak ni paling malas nak copy gambo kuar ke hdd ak..agak2x klau pic ni boleh reput maunnye reput la dalam memory kamera ak ni..


29 /08/2011-31/08/2011
-Asalnya nak sambut awal ramadhan dengan family ak, tapi selangor tak cuti plak. so, terpaksa la balik SA ahad tu jugak..sabo jelah..tapi ak balik pun cam tak balik. Seharian hangout with my friend jannah, jumpa my siss jap pastu sambung shopping. :). Mak ak bising, abang, adik dah balik rasa durian ak ni batang hidung pun xnampak2x..tu yang ak balik tu. Walaupun ak bukan hantu derian, tapi ak suke bubur derian mak ak, terbaek la...siap tapau rendang ngan bubur kacang balik SA lg...Sampai-sampai jer da pukul 2 pg, gerak lewat sikit dr SA, banyak nau tempat yg nak disingahnye. Sampai rumah, makan jap, pastu borak plak ngan mak sampai kol 3 pagi, tak hengat.. ni besok da janji nngan jannah nak lepak. Lepas subuh ak tidur balik, sedar2x pun bila dengar bunyik message masuk. "dah siap, jap lg ak sampai"..terbeliak mata ak..tengok jam... kol 11.. melompat ak dari katil terus capai tuala. 15 min jer ak siap. Seb bek ak just iron tudung jer...sesampai jer jannah kat rumah ak, terus ak buat muka bersalah,,,hehehehe mase ni la ilmu psikologi digunakan supaya member ak tak hangin ngn ak...hehhee..upss sorie xsengaja...
..malas nak taip..tgk jela pic ni........................