Wednesday, September 30, 2009

laYa Punya CaliTa..part 1

Dah 11 syawal umat Islam beraya, ak baru nk posting khas untuk hari hari raya aidilfitri 2009. Tahun ni raya pertama agak kelam kabut sikit sebab mah ak baru jea siap pasang syiling seb bek ada pak cik tu klau tak maunya mak ak nangis tak beraya, mana taknya malam raya org sibuk pasang langsir dok dengar takbir raya kami ley lepak2 yelah nak kemas pun barang yg laen kena pindah2 gak. Bek tido jea. hehehhe..tapi petang mantai tu ak la paling sibuk jenuh nyapu halaman umah, dah macam padang bola besarnya, al maklumla rumah kampung so banyakla pokok durian, bacang, sume berlumba2 menggugurkan daunya. Pecah gakla lemak2 ak ni.( ada ke)...masa ni lah jerawat menggambil kesempatan untuk membiak kat muka ak. huhuhu...adik ak balik malam raya. ngelat!!seb bek la adik ak ikah ada ley gak ak jerit2 kan.. ala kata kakak(buat2 muka garang :))..Raya kedua baru la dikatakan raya. Umah dah siap kemas, langsir dah siap gantung, lantau sudah kilat, tingkap kasi bersinar2, baru la ade semangat raya.


Taun ni first time raya mah atuk lepas arwah nenek belah ayah meninggal. Tersentuh rasa hati melihat wajah tua atuk, lama sungguh tak menjenguk atuk. Lama atuk memandang ak, sambil berkata dah besar cucu atuk, ak rasa air mata ak berlumba2 nak kuar dr bijik mata ak. Seb bek sempat cover lg, sepupu ak ada kat depan ni, kang tak pasal2 sume menangis berjemaah pulak kang. Ingat nak datang mah atuk hari raya pertama tapi ak tak sampai hati nak biarkan mak ak kemas rumah sorang2 mana nak layan tetamu lagi, yela raya pertama mah atuk ak penuh ngan sepupu2 + mak pak sedara ak yg lama gegiler ak tak jumpe since arwah nenek meninggal. Apa punya cucu la ak ni kan. hurm. Tapi insyaALLAH pas ni ak nekad tak nak miss g raya kg atuk belah ayah ak. Moga ALLAH panjangkan usia atuk ak. Lama jugak bersembang ngan atuk ngan anak pak bibik ak, semuanya dah besar2x dan tinggi dr ak, nampak sangatla kekontotan ak. Pastu balik singgah jap mah kwn adik ak kat lendu tengah, then mah mak lang, tapi sebelum tu awal2 lagi dah singgah raya mah nenek belah mak ak dulu.. mah nenek ak yg ni klau termiss memang ak kena fire dengan meksyingen oleh nenek ak. Dah le dekat, area kg mah ak gak. Malam baru smpai umah. Balik2 mah ak penuh smpai ada yg kat luar pintu, pergh kwn kerja mak ak datang, terpaksalah masuk pintu belakang, budget selamat la, apelagi mak ak dalam operasi nak mempromote ank2 dara die, menjerit meh sini, salam ngan mak cik ni..adeh..dah xley nyorok da..hahahaha..maluuuu...


my sis ila..



wif my siblings ila, atikah

shabat ak time sekolah menengah..


atikah, nazirah,zulaikha


selendang lebaran untk adik2 ak..colour full :)





korang msti tau mak ak nak masak ape..hehheheh

satu2nya kueh raya yg ak buat..yg len sume kueh plastik!



favarioute ak ni..5 eko pn xckup tau!




pasang langsir smbil mata melihat "NUR KASIH" :)

Tuesday, September 15, 2009

kaMus hiDup m/s:3












Saturday, September 12, 2009

Tah LeR..

Holaa..weekend ni sungguh xtahu nak buat ape walaupun i know what suppose i do but didnt do it, hehhe and today ak pergi beli baju raya ak yang ke dua pasang kat area TTU jugak. Actually ak dah lame aim da baju tu tapi rase agak jarang so ak tak beli la time tu. Coz aritu ak g jalan2 kat kedai baju area cempaka/MC memang pattern skang baju kurung jarang2, dan kena beli inner. So tu yg ak rase better ak beli jerla coz susah betul nak cari baju yang betul2 kurung. lalalala. What the good news, asalnye baju tu 7o lebih then akk tu ckp die kasi kurang 65. Ak tengok 2 3 kali baju tu..ayat ar apelagi(dpt 50). Ak cakap la nak kena kuar duit buat inner sbb baju ni jarang walaupun kaler itam. i buy it malas nk g merayau cari. Penat oo..terus cari tudung sekali. Settle.

once again i would to talk about my bengkel2. Hurm ak da tukar da pun from PHP to vb.net. lot of error i got when use oracle+php in window platform, so i thik why not i switch to VB.net then i format and install 2 oS which is win and linux.pastu nk kena konfigure balik server tu. How if get error during installation.tak ke waste my time.so better change to vb.net. Hajat hati nk g jumpe senior la ptg ni alih2 die kate die xde kat rumah malam nanti die suh datang. Kot la blok K tu dekat. kalau setakat infront of asrama ak boleh jea nk redah pun ni jauh hujung sekali, dah la makhluk asing ramai kat area tu. e xnk ak. kang xsempat ak nk raye kang.

Wut ever, sedar atau tak dah 22 Ramadhan da ekk..Cepat betul bulan yang mulia ini berlalu meninggakan kita. Rabu ni dah balik raye. Then after raya so many thing i should submit, project DR kanapi, bengkel progress, GIS prof nana, Arab assmnt,stat kuiz, HE presentation..then how could i feel happy celebrate hari raya with all this thing. Macam tak raye jer..hurm. A life as student..right..

Harini duduk seharian in my room watch cinta sempurna. Salah satu cerita melayu yg ak sokong sebab jalan cerita yang menarik dan pelakon yang berbakat. Value of the story pun ada dan jelas. Ni tak, cerita pasal rempit, bohsia, tah ape2 tah..geli nak tengok..semuanya melayu cop barat...k la nk tidur...batal sudah memanggil2 ni..daaa

Thursday, September 10, 2009

Bagaimana Melupakan Bekas Kekasih?..yg hampeh!

ak tertarik dengan kata2 yang last tu bukanya ape...jangan salah paham pulak yea kwn2..ak sekadar membaca..ni ak dapat dari http://www.iluvislam.com..


Bagaimana Melupakan Bekas Kekasih?



1.
Buang jauh-jauh (kalau rasa rugi, simpan) segala macam pemberian dari 'si dia'. Dari sekecil-kecil hadiah, sehinggalah yang besar belaka. Dikhuatiri jika barangan tersebut terus disimpan; kamu akan asyik teringatkan bekas kekasih kamu tuh, sedangkan dia kini mungkin sedang berbahagia dengan orang lain.

2.
Jauhkan diri dari sebarang perkara yang boleh membuatkan kamu terkenangkan 'si dia' (khususnya ketika baru putus cinta). Elakkan dari berkunjung ke tempat-tempat tertentu yang menyimpan kisah kamu dan dia. Juga lagu-lagu yang mengiringi hubungan kalian dulu. Hatta, minyak wangi yang kamu pakai boleh jadi faktor juga. Mungkin sebab masa kamu tengah bercinta dengan dia; perkara-perkara nih ada di sekeliling kamu.

3.
Jangan asyik duduk bersendirian; sebab kamu akan bermain-main dengan perasaan sendiri. Usah dilayan sangat rasa kecewa tuh.

Dalam keadaan getir nih, cuba kamu bergaul dengan kawan-kawan. Bila kamu sedang bergembira, kisah lama yang mengganggu kamu nih akan hilang sikit demi sedikit.

4.
Manjakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang disukai, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat, sedikit-sebanyak kamu akan semakin lupa kisah yang berlaku kelmarin.

Satu yang perlu kita ingat. Melupakan sesuatu perkara itu bukanlah mudah; malah apabila kita sudah mula lupakan, kisah itu mungkin akan datang kembali. Namun sekurang-kurangnya, kamu dah cuba sedaya mampu untuk memulakan kehidupan baru; tanpa lagi ditemani 'si dia'.

5.
Elakkan dari mendengar lagu cintan-cintun. Tidak kira dari irama nasyid, sampailah 'rock kapak' sekalipun, lirik yang dilantunkan tuh mungkin akan memberi kesan pada perasaan kamu.

6.
Mengadulah puas-puas pada Allah Azzawajalla. Jodoh ini merupakan urusan Tuhan. Kamu mungkin kecewa sekarang, tapi percayalah; kelak Allah Ta'ala pasti akan datangkan seorang lelaki yang cukup setia sebagai teman sejati kamu.

Calon idaman kamu tuh mungkin tak akan datang sekarang, tapi dia tetap ada; jika itulah yang tercatat untuk kamu di Luh Mahfuz. Tugasan kita; istikharah tanpa rasa jemu dan teruskan berdo'a tanpa timbul rasa bosan.

Wednesday, September 9, 2009

Kegusaran Melanda Hatii..



Semalam adalah hari yang paling kusut bagi ak, ak tahu untuk memperoleh segulung ijazah bukannya mudah apatah lagi bercita2 nak sambung master. Demi orang tersayang yang inginkan ak menjejakkan kaki ke menara gading ak turutkan, biar pun niat ku lain asalnya. Terlalu payah untuk ak ungkapkan kegusaran hati ak ni. Walaupun ak cuba tahan namun terkeluar juga dari landasan kesabaran ku yang sebenar...Minggu ni ak ashik jea pikirkan nak siapkan bengkel 2 ak ni. By group tapi sorang kena buat satu sub system then baru integrate each related system. I developed system by using PHP+Oracle. Actually, its something new for me, before that i developed a system by using PHP+MYSql. I try to fit all error that happen. But what can i do if the error said i cannot do anything because the problem is from my web server.Should i format my laptop or back to zero. Hope if any other my blogger friends can help me or maybe can share something about PHP+Oracle. ...Perhaps...







Monday, September 7, 2009

Sedang Mengemas Hati......

Sejak 2 3 menjak ni macam2 benda terjadi kat ak. Tah la..ape lg yg harus ak buat, ak pn xthu, kadang2 kita OK tapi ade org laen pulak yg KO..ak dah cuba tersenyum jea deorg buat ape. Tapi tulah...Maybe ak yang sensitip sangat kot. Beban keja makin bertambah, tapi satu pun tak berkurang, hurm semalam terpaksa batalkan niat pergi program mesra ramadhan kat Gadik. Mak aisha pun tanya ak kenapa tak pergi. Sowie mak cik jiwa tengah kacau la..Tapi berbaloi jugakla semalam after tension giler ngan bengkel2 ni ak terus tidur, time tidur pun rasa macam tengah buat bengkel2, huhuh, bangun dengan fresh, baru la dapat buat, sampai uncle pun da fed up kot ngan ak, yela die cakap macam bukan ak yang buat setting tu. Ak tak tidur setting PHP dengan APACHE tu die ley kata macam tu pulak. Sedeh jugakla. Ditambah pulak dengan ".........." lagilah ak sakit ati..e..tak paham ak..arghh lantaklah..ade ak kesah!..wut ever...Tapi ak bersyukur sangat keluarga kami dimurahkn rezki,,tau ni beraya ngn TV baru,,pas ni hope xrosak lagi...Moga ALLAH sentiasa tambahkan rezki kami...aminn..





nila connection dengan database ak ORACLE

Pergh tak tau nk kate ape bila conn ni berjaya...:)

Tuesday, September 1, 2009

Tanda2 Kematian- Ak ingin MaTi SamBil MenGingaTi-Mu ya ALLAH..

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat


-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


> Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda inirasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


> Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


> Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


> Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


> Tanda 1 hari


> Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


> Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


> PENUTUP

> Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


> WALLAHUA`LAM