Thursday, September 10, 2009

Bagaimana Melupakan Bekas Kekasih?..yg hampeh!

ak tertarik dengan kata2 yang last tu bukanya ape...jangan salah paham pulak yea kwn2..ak sekadar membaca..ni ak dapat dari http://www.iluvislam.com..


Bagaimana Melupakan Bekas Kekasih?



1.
Buang jauh-jauh (kalau rasa rugi, simpan) segala macam pemberian dari 'si dia'. Dari sekecil-kecil hadiah, sehinggalah yang besar belaka. Dikhuatiri jika barangan tersebut terus disimpan; kamu akan asyik teringatkan bekas kekasih kamu tuh, sedangkan dia kini mungkin sedang berbahagia dengan orang lain.

2.
Jauhkan diri dari sebarang perkara yang boleh membuatkan kamu terkenangkan 'si dia' (khususnya ketika baru putus cinta). Elakkan dari berkunjung ke tempat-tempat tertentu yang menyimpan kisah kamu dan dia. Juga lagu-lagu yang mengiringi hubungan kalian dulu. Hatta, minyak wangi yang kamu pakai boleh jadi faktor juga. Mungkin sebab masa kamu tengah bercinta dengan dia; perkara-perkara nih ada di sekeliling kamu.

3.
Jangan asyik duduk bersendirian; sebab kamu akan bermain-main dengan perasaan sendiri. Usah dilayan sangat rasa kecewa tuh.

Dalam keadaan getir nih, cuba kamu bergaul dengan kawan-kawan. Bila kamu sedang bergembira, kisah lama yang mengganggu kamu nih akan hilang sikit demi sedikit.

4.
Manjakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang disukai, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat, sedikit-sebanyak kamu akan semakin lupa kisah yang berlaku kelmarin.

Satu yang perlu kita ingat. Melupakan sesuatu perkara itu bukanlah mudah; malah apabila kita sudah mula lupakan, kisah itu mungkin akan datang kembali. Namun sekurang-kurangnya, kamu dah cuba sedaya mampu untuk memulakan kehidupan baru; tanpa lagi ditemani 'si dia'.

5.
Elakkan dari mendengar lagu cintan-cintun. Tidak kira dari irama nasyid, sampailah 'rock kapak' sekalipun, lirik yang dilantunkan tuh mungkin akan memberi kesan pada perasaan kamu.

6.
Mengadulah puas-puas pada Allah Azzawajalla. Jodoh ini merupakan urusan Tuhan. Kamu mungkin kecewa sekarang, tapi percayalah; kelak Allah Ta'ala pasti akan datangkan seorang lelaki yang cukup setia sebagai teman sejati kamu.

Calon idaman kamu tuh mungkin tak akan datang sekarang, tapi dia tetap ada; jika itulah yang tercatat untuk kamu di Luh Mahfuz. Tugasan kita; istikharah tanpa rasa jemu dan teruskan berdo'a tanpa timbul rasa bosan.

5 comments:

ﺯﻮﺭﻴﻬﺎﻧﻴﻤ said...

aik...rindu same dier ke???
lor...becinter tinggi mane pun...doa jgn lupe beb...x confirm lg, tu laki kte ke x... "mendirikan sebuah hubungan sgt mudah...tp...nak menyinarkan kn...mst akan lalui mcm2 selok belok kehidupan" n..." .... " kot lah yg hampeh tu jugak jd suami kte kn... kuikui...

asteroide said...

i dont know who that guy u mean actualy..or u tlak about u...:) lalala

ﺯﻮﺭﻴﻬﺎﻧﻴﻤ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
asteroide said...

nope it wasn't true..tak terpikir lngsung die yg ko maksudkn..anim2..this entry tidak ade kaitan dngn sesiapa. Mungkin ak ni pelupa..that why i dont understand what u mean by "remember that statemnt"..seriuos i dont understnd..:)

ﺯﻮﺭﻴﻬﺎﻧﻴﻤ said...
This comment has been removed by a blog administrator.