Saturday, July 25, 2009

Bila Mata Melihat, Hati Merasainya.

Setelah sekian lama kota melaka menanti kunjungan ak dan hari ini penantiannya membuahkan hasil.Hehehe. Hurm harini ak keluar cari barang keperluan dari TTU ke MC ke DP ke MP dan Kembali ke MC then ke TESCO than ke MC. Barang apa yang ak beli? dengan siapa? guna duit sape? dimana semuanya ak tak berminat nak bercerita . Tapi ak tertarik akan sesuatu kejadian yang terjadi bila mata melihat dan sedetik itu hati berbisik kalau dia tak buat macam tu ak pasti akan lakukan seperti mana yang dia lakukan. Masa naik bas dari MP ke MC seat dalam bas tu dah penuh, naik pulak sorang untie cina cari seat nak duduk tapi ada seorang muslimah memberikan seatnya pada untie tersebut, sampai untie tu serba salah nak duduk. Jika manusia punyai hati yang luhur tiada sempadannya untuk berbuat kebaikan walaupun kita berbeza. Peristiwa ni lagi menyakinkan ak yang manusia punyai hati tidak kira warna apa bangsanya, celah mana datangnya. Bila seorang lelaki indonesia telah memberikan seatnya pada seorang mak cik dan dia hanya berdiri disepanjang perjalanannya menuju destinasi. Orang asing pun ada hati nak buat kebaikan apatah lagi kita yang dilahirkan dalam budaya yang cukup cantik right?!.. Melihatlah pada sesuatu kebaikan pasti hati kamu yang sempit akan luas dan selesa...dan mata kamu terpejam sambil menyematkan ak pasti lakukan itu..

Sunday, July 19, 2009

Sabun Eumora..anda berminat?!!




Untuk memanfaatkan duit pinjaman TAPEM ak, barang kedua yang ak beli adalah sabun ni itupun setelah ak mengetahui kelebihannya bukan untuk cantik semata-mata tapi lebih ingin memberi peluang kepada my sis yang baru menceburkan diri dalam bidang bisnes ni. Dan untuk pengetahuan korang ak telah start gunakan sabun ni harini tau. Tak tahu lah ape jadi kat muka ak ni nanti. So sekarang ni ak nak berkongsi berita baik ni dengan semua rakan2 ak. Baru best. So, kalau korang berminat dengan sabun EUMORA ni boleh email terus kat hawa11_adam@yahoo.com


Apa Harga Mahal???!!

tak la. murah jea kalau baru dapat gaji atau pinjaman.lalalaa..erm sy rasa berbaloi dengan hasilnya nanti.


hasilnya korang boleh tengok kat sini..http://www.cantik-eumora.com/testi_bergambar.html

Kebaikan Menggunakan EUMORA :

* mengecilkan pori-pori
* mengawal blackheads dan whiteheads
* mengawal keseimbangan pH pada kulit
* mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
* mengurangkan kesan parut pada kulit
* mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
* mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
* membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks,
kesan selulit dsbnya
* kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
* kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
* meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa
anjal,sihat dan berseri
* sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
* mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak
dan bikini line
* bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
* melembutkan rambut dan menyihatkannnya
* Matikan jerawat muka @ badan
* Kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat,
pigmentation
* Menegangkan muka & berseri2
* Menjadi syampu utk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.



Friday, July 17, 2009

Sedang Mengemas Hati......

Hari ni ak tak tahu kenapa cepat sangat tersentuh. Tetiba jea rasa nak menangis. Walhal dia kawan yang selalu boleh di bawa bergurau, boleh arini ak terasa pulak dengan kata2 dia. Mungkin juga ak rindukan adik ak yang bongsu tu(siti zulaikha) dah lama tak dengar suare die. Rasa rindu tapi tak tahulah kat sapa yang ak rindu. Sesungguhnya ak sukar tafsirkan rasa hati ak ni sekarang.

should i....

Sepanjang semester baru ni ak dah malas nak meluah di blog. Lebih baik ak simpannya dalam kotak hati ak. Kadang2 kegembiraanku untuk menutup kesakitan dan kesempitan hati. Hati tidak selesa. Tapi yang pastinya ak menangis untuk menjadi kuat.

Harini juga, ak ingin minta maaf kepada rakan2 seperjuangan ak, dan orang 2 di sekeliling ak, jika selama ini ak kasari hati kamu. Peristiwa itu buat ak sentiasa menghargai apa yang ak punyai sekarang…

Saturday, July 11, 2009

...Bila Hati Bertasbih...

Di sini ak menunggu kamu,
Untuk sama sama melihat alam ciptaan tuhan,
Di sini kita bertemu dan bersatu..
Menjadi saksi danau dan subuh..
Tentang adanya kita;
Kembara di lambaian danau

Mengenalkan aku kepada embun pagi yang bersahaya
Yang menemani aku sebelum cahaya
Angin menghembus mesra menyapa walau mata terpejam,
Kamu tetap di situ memandang aku..
Menumbuhkan rasa yang menyesakan dada..
Aku mulai takut terbawanya cinta

Menghirup rindu yang menyesakkan dada
Tika aku menanti kamu di sini..
Hangatnya terasa dihati,
Aku tersingkir dari dunia nyata..
Tapi kita dari sudut yang berbeda seolah berbisik ditelinga,
Dari rasa yang harus aku batasi..
Di sini aku terus menunggu kamu,
Aku terus menunggu kamu sehingga aku lupa aku di sini....


-art is soul-from asteroide heart-