Wednesday, August 26, 2009

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud
www.iLuvislam.com
oleh: thaqif


***Kita sebagai hambanya selalu didatangi dengan pelbagai ujian. Jika tidak tertanggung mengadulah pada ALLAH dia sentiasa menerima dan mendengar segala pengakuan hambanya. Salah satu caranya adalah dengan solat sunat tahajud. Hati terasa dekat dengan penciptanya. Mengad dan menangislah kepadanya....Oleh itu post kali adalah berkaitan amalan solat sunat Tahajud..Selamat beramal*****

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:

أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)

Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD


- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)

- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)

Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.

SUNNAH TAHAJJUD

- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)

- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:

لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :

اللهم اغفرلى

(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)

Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)

- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)

- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)

- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)

- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari

Sunday, August 23, 2009

Kisah Dajjal dalam Hadith

Kisah Dajjal dalam Hadith
www.iluvislam.com
Editor:mawaryangtinggi



Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil. Namun, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dan lain - lain. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bagaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:

Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah diamembaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya juga sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula". Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.


Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi." “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat aku menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Aku menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka aku takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.



******************************************************************

Saturday, August 22, 2009

TaG DaRi aini ngisum...:)

1) Copy gambar amal Islam di atas.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
~~> Inilah yang paling susah dan malas sekali bila kena cari orang ramai-ramai.Tapi saya buat jugalah.

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

~> 10 sahabat yang di Tag.
peace


cik pupu..
hanim
baz
adib
zul SDDS
kak tehah
mira syamim
fatin
nedz
ramzul

fuhh cukup pn 10...


Thursday, August 20, 2009

Kepala Berdenyut macam nak meLetup

Harini ak macam kangkung layu jea rasa..boleh pulak landing depan lecturer project management. Kuang asam ekk..ni gara2 oracle la ni sampi tidur pun otak macam tengah berfikir jea. Sakitnya kepala ak sampai sekarang pun ada. Apa yang patut ak buat lagi ni..Senior pun sume dah gi LI..naek pecah pale ak pikir. Lecturer dah la malas nk komen... Explore oracle kang kerja lain banyak nak kena submit. Midterm pulak berjujuk sampai 7 bab. Sakit kepala sebenarnya ni. Tapi tahler...student oh student..




....................SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..........................

Monday, August 17, 2009

SelaMat PengantiN Baru....

Post kali ini adalah rentetan dari post yang sebelumnya. Cuti minggu ni ak terpaksa balik awal sikit selalunya hari sabtu ak baru sampai rumah tapi minggu ni ak sampai rumah hari jumaat sebab kenduri kahwin tu hari sabtu, so adat orang kampung kena pergi menolong. Sampai jea kat rumah mandi then terus sembang-sembang jap dengan mak banyak jugak yang kami sembangkan...yang ni biarlah rahsia...:) ...kali ni ak balik dengan bertopeng..petang tu belom pun sempat rehat dah kena g mah nek busu tu..hurm layan kan jela. Ak sampai jea sana terus belek telur yang banyak giler nak di pack...tapi best buat ramai2. Lama tak sembang ngan sedara mara. Pengantin pun join sekaki. pastu rehat2 kejap. Malamnye pulak gotong royong masak sup
tulang. Pergh memang sedap makan panas2. Pastu baru lah balik.

Besoknnye pulak pagi lg ak dah terpacak mah nek leha, seb bek adik ak pikah ikut sekali kalau tak maunnye ak datang time makan jea. Mak ak kerja sekerat hari nasib baik dapat balik awal. Sampai jea dah kena pegang cili. Pastu buat lauk pengantin, siang daging, hati, bawang seronok campur ngan orang kg ni macam macam petua ak dengar, kelakar pun ada. Layan kn jea..


power rangers nak balik kg...
xley duk kat atas kerusi nanti hilang seri...p/s:ni cousin ak cakap...yeake??!

my sis with our cousin waniey..


nek ton teringin lagi nak bersanding ker...hahah

bile la lah turn ak kena rejis pulak hek...

ni la 2 abg sedara ak...means 2 pasangan pngntin bersanding serentak...

sangat sedap...sum kaki lembu...
wif my sis atikah dan zulaikha..


colorful..comeyyy



sailormoon...hahahhaha

Thursday, August 13, 2009

UntuK kaMu SeBelum PuLang...

Kepulangan ku di nanti walaupun malas nak membalikkan diri ke rumah. Biasalah adat orang kg. kalau ada saudara terdekat kahwin pasti sanak saudara yang lain turut mengahwinkan diri kat rumah pengantin. Balik la hawa. tu pun nak kecoh!,,,,kerja banyak tapi tulah tu. ..Sebelum tu ak nak minta maaf jika ada perbuatan dan tutur kata ku mengguris hati kalian....

p/s: Menunggu ramadhan datang menjelma. Terasa tika kini. Berharap diberi kesempatan untuk bertemu dengannya. Moga ALLAH memberikan ku kesempatan itu...AMIN..

Tuesday, August 11, 2009

ORANG YANG MENCINTAI KAMU : )


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

Thursday, August 6, 2009

HUHHH....

Jam di laptop ak dah menunjukkan pukul 2.27 PG..dan ak masih tak rasa mengantuk anim n ima dah lama dibuai mimpi..Aku???...pejam celik jea dah pg ptg then mlm. kejap jea masa berlalu. Ak masih macam ni. Harini sehari suntuk depan laptop habiskan koleksi drama. Simplenye idup ak. Hakikatnye besimpul-simpul. Malas nak ambil pusing jea. Layannnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, August 5, 2009

Kehidupan ak yg SimPle

Sebelum buku arab ak sentuh, project software ak belek, dan statistic yang memang fantastic ak buat, tergerak pulak tangan ni nak menaip. Neway, kes H satu N Satu da parah kat kampus ak so di isytiharkan kampus kena tutup kadar segera. Apalagi hati melonjak-lonjak gembira, p/s: gembira ke?!!..Minggu ni sepatutnya ak ada kuiz arab, statistik, dan soft proj mngemnt(SPM).
Banyakkn? tu tak termasuk dengan projek, bengkel lg..huhuhu..tapi ak masih boleh bercuti dengan hati yang tenang lagi senang..hehehhe..tapi ak tak duduk rumah sampai seminggu pun,
tak de orang kat rumah better ak duduk kat mah sewa je. Dari ak merapu dengan lebih jauh lagi, dipendekkan post ni, nak kasi tau cuti 2 ari ni busy ngan mah mak sedara ak kenduri(sabtu), then besoknya ak pergi "mengantar" kira abg sedara ak kahwin kat merlimau.


next turn abg lan plk..lalalla

to abg sepul: selamat pengantin baru yea.

wif my sis NOOR ATIKAH


my grandma(green) masa kenduri mah mak lang...

***post yang ni tak de kena mengena dengan yang atas saja nak interupt, teruja tengok...best!!!



aini ngn sizling die..isk2


wet RM 50 baru..asal ak baru tau. hehehe
sape bg ni kat ak ak syg die lebey la...