Monday, February 23, 2009

Pilihan Warna Singkap Personaliti

Warna menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Lebih bahaya, warna juga kononnya mampu mentafsir kelebihan dan kelemahan diri sama ada garang, lembut, pemurah atau periang.

Rona merah, misalnya lambang keghairahan dan berani. Mereka yang menggayakannya dikatakan memiliki personaliti tegas dan penuh keyakinan diri untuk menonjolkan kelebihan diri. Namun, awas merah juga lambang diri yang tamak dan pendendam.

Sekiranya anda ditimpa perasaan tidak menentu sehingga menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja, pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan urat saraf yang tegang, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri.

Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Apakah anda berani menggayakan warna beraneka dan terang? Terserah kepada anda untuk menyingkap siapa diri anda sebenarnya.

Mengenali warna dan sifatnya

Emas

Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.

Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih

Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

Negatif: Boros berbelanja

Kuning

Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah

Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau

Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu

Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat

Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.

Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak

Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu

Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam

Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu

Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga

Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru

Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

3 Kategori Cinta Menurut Islam

Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.

Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.

Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.

Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.

Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.

tah ape2 tah ak merepek nih..

6.50 ptg sunday 22 feb 09

sambil menunggu giliran untuk mandi, ak menjengah keluar jendela, tingkat 4 membuatkan ak nampak segalanya dibawah. Petang yang nyaman lagi indah sebab dah lama bumi melaka tak hujan. Petang ni hujan lebat la jugak plus petir lagi. Tapi ak suka, sekurang2nya romate ak tak penat dengar ak merungut panas panas. hehehhe..Petang2 macam ni tetiba jer teringat
kat keluarga kat kg. Rindunya nak jumpe deorang. Minggu depan ak akan pastikan ak akan balik jugak.InsyaALLAH. Walaupun sekarang hati tengah sakit, tapi cuaca petang ni mengatasi rasa sakit hati ak ni. Sabar jela. Tapi arini ak agak terkejut la jugaksebab rumah ak kelihatan agak bersih. Baru jea kelmarin ak merungut dalam diari elektronik ak, yang ni tak siapa pun tahu. lalala.Tapi alhamdulillah la ada kemajuan nampaknya. Cuma hal yang satu tu jea lagi ak rasa mereka tak perasaan. Biarla. Ak nak korang melihat apa yang korang tak nampak, tapi akhirnya korang akan perasaan jugak tanpa ak memberitahu korang k...Hope so..Tapi sekarang ni ak cuba belajar terima kalau orang buli kita atau amik kesempatan kat kita. Sebab kalau ak pikir kan sangat hati boleh jadi sangat sakit.. Dan ak nak cuba "Positive thingking" walaupun masih belum ak kuasai sepenuhnya sikap ni tapi suku lepas da kot.hahaha. Actually, ak baru jea
baca satu buku ni.. apetah tajuk die yang pastinya salah satu ciri 2 orang yang berjaya adalah think positive..