Saturday, May 26, 2012

JoM....Topup Saham ke syurga!


 5 Rejab 1433 / 26 mei 2012-Sabtu

            ALLAH telah menggerakkan hati kami untuk melaksanakan kewajipan kami. Hari ni, ak memang berniat nak selesaikan masalah pinjaman ak, alhamdulillah dah tamat belajar dan dah dapat kerja tetap dan pendapatan tetap, dah tiba masanya ak membayar semula yang telah dipinjamkan oleh kerajaan negeri melaka kepada ak. Degree ak buat pinjaman kat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEM). Nah http://tapem.melaka.gov.my Pinjaman ni tak de bunga macam PTPTN, dan kalau result korang best boleh dapat diskaun lagi. Dan untuk itu, ak nak la try mohon, kot kot ley dapat kurang ke..result xde la 4plat tp ok lah kan :)...so, pas poskan apa yang patot diposkan ak melagho kan diri ngan ex opismate ak, rembat 2 3 helai baju,, pusing2x kompleks PKNS, menapak kat Plaza Alam Sentral jap, kira jalan jalan cari makan lah ni. Last - last makan nasi putih lauk kg jugak. Dasar perut orang kg kan :)..TAPI..yang kat atas tu mukadimah jer untuk posting ak kali ni..THE MAIN THING ...ak nak CERITA PASAL ZAKAT! ...cikgu ak cakap kalau tak de perenggan untuk pendahuluan markah akan kurang..eh ape kaitan ler pulak kn..

p/s:ALLAH sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba hambanya yang mengharapkan keredhaannya. Sama ada kita sedar atau pun tak, ia datang ketika kita perlukan teguran.


Ak memang tak terniat pun nak pergi Pusat Zakat Selangor hari ni, tah macam mana, kami terlalu depan pusat zakat ni dan kebetulan buka pada hari sabtu, kawan ak pun kate, eh jom tanya pasal zakat ni, akak dah kerja nak masuk 2 tahun x pernah pun bayar zakat. Pada mulanya, teragak2x jugak nak masuk, yelah tak tahu nak tanya apa, nak start kot mane pun tak tahu. Tapi alhamdulillah, ALLAH bukakan pintu hati kami untuk mengambil tahu ...............

Link ni boleh pandu korang menuju syurga, klau korang ikhlas www.e-zakat.com.my

  APA ITU ZAKAT!...
Zakat tu salah satu dari 5 rukun ISLAM yang wajib kita keluarkan bagi yang berkemampuan, jangan tahu nak makan buah sukun jer. Rata-rata bila sebut pasal zakat mesti tahu zakat yang kita kuarkan time hari raya kan. Sebenarnya Zakat bukan tu sahaja. ada banyak jenis, antaranya,

  1. zakat pendapatan, 
  2. zakat Perniagaan
  3. zakat Wang Simpanan
  4. zakat Saham
  5. zakat KWSP
  6. zakat Emas/Perak
  7. zakat Harta
  8. Qada Zakat
  9. zakat Pertanian
Jom zOom Meaning Of Zakat : 

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
             
 Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

        Rukun Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)


“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya 

kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk ketahui lebih lanjut, nasihat ak, korg pergi jer kat pejabat zakat kat tempat korang, dan bertanya. Tak rugi pun malah boleh topup saham ke syurga..syarat IKHLAS kerana ALLAH. Ak harap posting kali ni, dapat membantu korang dalam merialisasikan konsep ketuhanan. Semoga ALLAH menerima ibadah kita...InsyaALLAH.....

Thursday, May 3, 2012

lalalala

Sedang2x mata ak lancar meneliti satu per satu posting kat FB, tertarik plak nk klik link ni..


Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu Suka Pada Anda

Apelagi  baca lah. Sambil teranngguk2x ya, menggeleng2x tidak. Jum baca: kot kot simptom ni ada kat korang ke kan...

Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda.


Kredit to : http://www.2dayblogger.com/blog