Friday, January 2, 2009

Saturday, January 03, 2009 1:00:17 AM

Hidup ini seringkali kita diberi pilihan untuk memilih. Dalam membuat keputusan pasti ada yang terluka. Terkadang pilihan yang kita buat tidaklah sehebat kata putus yang kita buat. Terkadang dengan berserah jer lebih baik dari membiarkan diri kita membuat keputusan. Kepastian dan kepuasan yang kita dapat dari membuat keputusan tidaklah seperti apa yang kita harapkan. Kadang2 membiarkan orang membuat pilihan bagi kita lebih baik dari hati kita tak senang dengan keputusan yang kita buat sendiri. Kita mengharapkan dengan membuat keputusan dapat memberikan kepuasan dan jalan terbaik bagi kita dalam menyelesaikan masalah. Tapi kita lupa keputusan kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Dalam kita ingin menjaga hati semua orang tapi pasti ada hati yang terluka dengan keputusan yang kita buat secara rasional. Dalam masalah ni apakah konsep artificial intelligent boleh di aplikasikan. Manusia bukan mesin meski pun keputusan akhirnya 98% betul tanpa ada rasa besalah ia mengeluarkan fakta dan kesimpulan. Ak tidak semudah mesin atau robot untuk menghasilkan keputusan yang dapat memuaskan hati manusia lain. Secanggih mana mutan tapi ia perlu diprogramkan bukan seperti manusia tidak perlu diprogram kerana ia berfikir secara unstructured berbanding mutan yang structured. Tiada hati dan air mata untuk menunjukkan perasaanya. Itu yang membedakan manusia dan mutan dan konsep artificial intelligent.

- ak bukan la nak melalut tapi hasil dari rasa dan menulis berteraskan akal yang normal. Mekipun ada yang terasa konpius dengan konspirasi yang ak hasilkan sendiri. Secara teorinya, ak kena buat keputusan samada nak masuk kelas DR B atau kelas EN S untuk subjek AI. Untuk makluman korang DR B tu dekan FTMK(multimedia) tapi bidang dia study sepatutnya AI Cuma dia dipinjamkan untuk jadi dekan mmdia. DR B tu pak cik ak. Tapi ak tak penah bersapa dengan dia since dia kawin ngan busu ak. Sebab tak lama pastu dia g UK sambung amik PHD jadi DR. balik2 jer jadi KJ kat UTeM. Ak pun tak tahu dia keja kat U tu. Tup tup satu falkulti. Ak bukan tak nak masuk kelas dia tapi cam janggal jea. Mulanya sebelum susun jadual ak mentah2 kata taknak masuk kelas DR B tapi lepas susun jadual terpaksa jugak masuk kelas DR B. tapi ak berkeras jugak nak masuk kelas EN S. so ak try la adjust lagi jadual. Sampai dapat. Then ak bagitahu la kat coursemate ak ,ak xjoin deorang so deorang masuk DR B ak join kelas EN S. dahla si E marah kat ak. Apa lagi ak melantun la balik. Ak punye jadual yang dia nak marah awatnya. Ni la jadinya kalau da berkawan semuanya nak ikut kawan. A pun da ingatkan ak. Sebab dia nak join kelas DR B asalnya. Pastu ak malas nak bising2 so ak terus masuk tidur. Buat sakit pale je pikir. Bangun jea pagi tu A bagitahu dia beralah masuk kelas EN S. Lepas tu ak rasa cam tak best jer kalau dia buat keputusan sebab ak. Rasa macam ak pentingkan diri la plak. Lepas tu ak try jugak susun ikut jadual lepas ak msuk kelas EN S tapi banyak plak masalah. Nak tak nak ak terpaksa masuk kelas DR B. maybe tu boleh jadi pemuas hati semua pihak. Tapi besok tu nak pergi kelas baru ak tahu A join kelas EN S. terkilan la jugak A buat keputusna tu. Maknanya ak kena cari partner lab la. macam tu la prob ak. Now ak masuk kelas DR B yang asalnya bukan pilihan ak. Tapi ak cuba juga. Lepas ni segala risikko ak yang kena tanggung sendiri. Memang pelik ak ni, lebih rela sakit dari melihat orang lain sakit. Ak pelik semua yang ak pilih semuanya sukar untuk dijalani. Mana la tahu dia tu kedekut markah ke. Straight ke. It s risiko. Hope pilihan ni betul.

p/s: semalam kelas first ak ngan DR B. biase2 jea. Dia pun buat macam tak kenal ak. Tu yang best tu. Hihi


Saturday, October 25, 2008

Kes BANTAL!!

Tahukah anda watak kita dapat dikenali melalui cara kita menggunakan bantal sewaktu tidur? Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan..
1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai
penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera.Perasaan mereka
halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca
peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.Mrk juga sgt prihatin terhadap
kesusilaan.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping.Mrk jarang membuat keputusan
semdiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mrk
juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mrk mempunyai sifat kurang baik.Mrk jarang bergaul dgn org ramai,malah
kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mrk cenderung bersifat egois.Mrk
juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.Mrk tdk suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membw kepada sifat ego.
Anda dikategori yg mana?

Thursday, September 25, 2008

Cerita Semalam part-3

Hurm..ketika orang dikelas ak masih berada peringgit cari baju raya. Korang jangan ingat ak ponteng pulak :p. Actually, harini patutnya ada kelas tapi da dibatalkan cam tahu2 ak tak beli baju raya lagi. LALALA…satu hari suntuk ak merayau cari baju raya tapi takde yang berkenan. Ak rasa kawan2 ak yang tak nak beli baju raya tetiba beli. Tapia k satu pun tak beli..hahhaha..last2 sekali ak piker malas nak cari 2 3 kali. So ak nekad pick up je mane2 pn. Caya xcaya ak amik caler ala2 pink lembut . Adei, memang rasa jambu. Malas punya pasal ak amik jer. Ada yang berkenan saiz pulak tak de. Tahun nila raya first baju carik sendiri, iyela selalunya mak ak yang belikan. Ak tahu pakai je. Selalunya ak beli kain pasang then tempah je. Raya kali ni takde masa nak pikir baju raya,xde feel la..sebab naek2 cuti berlambak keja nak kena settle. Raya serupa tak raye je tahun ni. Sedey la jugak raya kali ni abg ak xde bersama kami, xdapat cuti. Mesti die pun sedih jugak almaklumla die pun first time tak dapat beraya ngan kami kat kg. tapi ak akan pastikan duet raya ak di up kan…hahahaa. Besok lepas kelas ak cabut la. Mak ak pun da pesan suruh ak balik awal. Hurm…baekkkk. Erm kalau nak tahu sekarang ni ak tengah tengok sorang abang ni duk tengok sorang girl ni..wei abang bulan pose ni cover la sikit. Ala abang ni tengah siap2 nak balik kg.10 kali check kereta tu..bagus2.persediaan awal sebelum memulakan perjalanan jauh. Macam orang pantai timur..ceh pepandai je ak..k la nak ngarang kad raya pulak. Korang tunggu tau kad raya ak…SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Thursday, September 18, 2008

Cerita Semalam part-2

Sepatutnya ak tengah buat bengkel sekarang tapi ak ketepikan kejap kerja ak sebab ak nak penuhkan ruangan post ak ni. So ak start menaip dengan berlatarkan genre muzik yang sesuai untuk mendapatka feel bila menaip...hahahaa..that's u hawa!..hurm Arini banyak betul ujian la, cuma nak menguji kadar denyutan jantung ak. Meletup la jugak tapi bila pikir balik macam ada misunderstanding je. Biarla....malas nak layan

Semalam ak ada kelas sampai petang, hajat hati nak je berbuka puasa kat rumah je tapi
UTeM buat majlis berbuka puasa bersama Censelor sekali jadi kami kena hantar wakil Rumah kami untuk majlis tu..Mandatory!
Hurm..sebab tu ak pergi. Semalam anak yatim juga turut dijemput untuk menerima sumbangan hari raya. Sayu hati bila melihat mereka walaupun tersenyum tapi dihati mereka terpalit rasa kekurangan. Dan ak dapat rasai kekurangan mereka itu. Cekal sungguh hati mereka sekeras kayu cengal. Semalam ak kenyang dengan tetiba. Tapi ak berselera melihat orang disekeliling ak. Wajah mereka yang protes bila xdapat makanan, makanan yang dsediakan tidak mencukupi. Tapi ak xrasa apa apa semalam. Tapi rasa penat sebab terpaksa menapak dari kedai ikan bakar sampai pangsapuri ak. Berasap la jugak tapak kasut ak ni. Tapi tetiba je terasa ak masih diberi kesempatan untuk melihat alam sekeliling anugerah ALLAH, kalau dulu kat poly pekara ni la yang ak suka buat bila waktu pagi, paling ak suka after hujan. Buat terasa dekat denganya, buat ak mengerti bertapa besar ZAT-nya. Walaupun ada hati yang mengeluh kekurangan majlis semlam tapi ak masih rasa bersyukur sebab dapat melihat apa yang ak tak dapat dan yang jarang ak lihat selama ini. Bagaimana pentingnya jika kita menjadi orang penting dalam suatu majlis jika dibandingkan dengan ak yang bukan siapa -siapa. Boleh pulaka ak
cakap best ke jadi orang terkenal dan menjadi perhatian kat member ak. Semua pelik.ngeh2x..ak tanya soalan cepumas kot. K la nak sambung keje ni..p/s:lihatlah apa yang kita tak nampak, kerana walaupun kita nampak, tapi yang tula seringkali kita tak nampak hingga menjadikan mata hati menjadi buta...