Tiada ungkapan yang mampu ku ucapkan selain mengucap syukur padamu ya ALLAH, Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, di malam nisfu syaaban kali ini, buat sekalian amanya laptop ak bermasalah, tak dapat nak di onkan tapi berkat ilham mu untuk ak cuba menukar adapter ku yag dah hampir 6 tahun brsama laptop ku akhirnya berjaya di aftifkan semual. Sangat gembira dan teruja terus berblogging.. Alhamdulillah, tak lama lagi akan memasuki bulan ramadha, bulan yang hambu ini selalu terttunggu tunggu. Merindui untuk bangkit qiamulail bersolat terawikh beramai2x, bersahur sugguh ak merindui mu ramadhan...semoga engkau ketemukan ku denganya..insyaALLAH..
Sunday, June 23, 2013
Alhamdulillah.
Tiada ungkapan yang mampu ku ucapkan selain mengucap syukur padamu ya ALLAH, Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, di malam nisfu syaaban kali ini, buat sekalian amanya laptop ak bermasalah, tak dapat nak di onkan tapi berkat ilham mu untuk ak cuba menukar adapter ku yag dah hampir 6 tahun brsama laptop ku akhirnya berjaya di aftifkan semual. Sangat gembira dan teruja terus berblogging.. Alhamdulillah, tak lama lagi akan memasuki bulan ramadha, bulan yang hambu ini selalu terttunggu tunggu. Merindui untuk bangkit qiamulail bersolat terawikh beramai2x, bersahur sugguh ak merindui mu ramadhan...semoga engkau ketemukan ku denganya..insyaALLAH..
Friday, June 21, 2013
annyeonghaseyo!
Friday, January 11, 2013
La bukan Laptop yg rosak TP adapter ak!!!
Monday, August 13, 2012
a part changes of my life..
Monday, July 16, 2012
Tafsiran dari pancaindera kurniaan illahi..
Lindungilah mereka yang tak mampu membela diri sendiri, mungkin pada masa itu die gugup hingga tidak mampu membela diri sendiri, meski kita tahu dia di belakang mereka sangat banyak yang tidak puas hati. Kadang2x ak kesiankan dia sebab die tua dari ak tapi dilayan macam sebaya ak. Tidak ak gentar menegakkan ape yang mereka salah tafsirkan, tapi mereka tegar untuk tidak mahu memahami ape yang ak cuba sampaikan. Masalah rumah sewa ni dah terlalu memebelenggu ak, sampai ak sendiri tidak tahu masalah apa yang kami serumah hadapi. Ak memang tak de masalah, masalah timbul bila masing-masing tak puas hati, pendam, dan sebelah pihak lg berfikiran negative..suke sangat berkalau. Sampai ak pun dah naik fedup dengar andaian yang mereka mereka ni buat..so bermusyawarah adalah lebih baik, maaf kak saya terkuat suara, sebab akak membuat andaian yang belum tentu merka fikirkan sampai sy rasa rimas dan sempit nak berfikir. Kalau tuduhan akak tu salah dah jatuh fitnah. Sia sia dapat dosa kering. Ni peringatan tuk diri sy sendiri yang kadang2x terlupa juga, yelah dah sedap sangat marah kat orang tu habis kebaikan org tu kite lupe, hanya nampak keburukan dia jer. Mana hilangnya kata-kata hikmah yang ak baca, menagis mengalirkan air mata sebab baca mutiara kata tu, tapi ak masih buat juga,,rugi rugi rugi..kena rasional. Tarik nafas dalam-dalam cuba senyum, cuba gembira, kena sentiasa ingatkan diri, dunia hanya sementara, dan kalau di timpa masalah memang kena kena kena fikir positif, oo ni mungkin bahagian ak, ALLAH sayang ak sebab tu dia uji ak dengan masalah ni, dan perlu ingat tiada masalah yang tak boleh diselesaikan, cuma result die either kita nak terima atau tak, betul atau salah, dosa atau pahala. Ak cuba sedaya upaya untuk kearah kebaikan, berfikiran rasional, kerana fikiran manusia berbeza-beza, kehendak berbeza, terpulang bagaimana kita menerima sesuatu pekara. Lindungi kami Ya ALLAH dari segala penyakit hati, ak dambakan keredhaan mu ...
Saturday, June 9, 2012
Pagi Di Singapura---PaRt 1
Selamat pagi Malaysia, Singapura, pagi di Singapura, tak pernah ak impikan akan berada di luar negara, thanks bos sebab belanja kami ke sini. Ak pergi under company ak, bertemankan budak budak opis ak. (p/s: bos ak tak join pun). Seperti program yang lain, sah sah la ada motif dan tujuan kami ke Singapore. Seriously, ak rasa program macam ni memang dapat mengeratkan silaturahim antara kami, yelah kami pun bukannya kerja sama satu tempat kerja, duk kat client site, gini ler nasib kteorang, jarang jumpe, tapi kalau ada program camni, memang terbaek la. Tak kesah sangat kat mana tempatnye dalam malaysia ke obersea ke ak orite jer. Bagi ak, ak tak de lah excited sangat nak gi singapore pun sebab singapore bukan di antara list negara idaman pelancongan ak, lagi pun ada seorang hamba ALLAH di bumi singapore ni yang ak rasa ak memang tak nak jumpa :) ak lebih prefer kalau vocation ak tu ada tumbuhan hijau - hijau, tanah merah - merah, laut biru - biru, sungai jernih ala yang macam band amuk punye tajuk lagu tu "Jernih". Tapi lagu ni best gak. Sebab pale ak tak geleng tak angguk tapi otak jer yang mencernakan makna dan penghadaman ak sangat jelas akan kemaknaan lagu tu. Tu baru ada value, ni lirik meraban, duk jerit, sampai terkeluar anak tekak penyanyi tu melontarkan sore, tapi lirik kalau mengarut, memang tak lah ak nak dengar...:)
Pas subuh, ak dah tak ley tido dah, semalam kaki berjalan, berlari, melompat, tanpa henti, dah macam getis pn ada gak, tapi nak rakam semua memang tak cukup memori :)..tu pn ak guna hanset + nikon ak. Tengah duk snap- snap, bateri plak exhausted...sian deorag posing ala ala angelina jolie, tetiba bateri tak de.. sabor jelah..Tapi semalam lah gak ak tak ley nak tido, kaki ak berdenyut kot!!!..kunun masuk tdo awal la, hurm xmo nye nak lelap gak mata ni, puas pujuk suh berhenti kelip kelip kejap, hurm xmaunye die. Abis - abis ak golek golek kiri kanan, en tangan plk terasa sengal..ah sudah MACAM MANA AK NAK TIDO, hurm last last ak bangun, urut-urut kaki jap, seb bek jihah ada ley temankan ak jap, sies tak tahan!! KOL 2 AM ak tak tido lgi, pagi ni plak, pas dah solat subuh, kejut kejut jap deorang "bongkar mayang subuh" ayat nenek ak nih, pinjam nek. heheh...tetiba rasa nak update blog plk...tp maaf ler tak dapek la nk upload gambo, sebab tak de selera lg.nanti nanti ler..k bye..cam nak
Saturday, May 26, 2012
JoM....Topup Saham ke syurga!
5 Rejab 1433 / 26 mei 2012-Sabtu
ALLAH telah menggerakkan hati kami untuk melaksanakan kewajipan kami. Hari ni, ak memang berniat nak selesaikan masalah pinjaman ak, alhamdulillah dah tamat belajar dan dah dapat kerja tetap dan pendapatan tetap, dah tiba masanya ak membayar semula yang telah dipinjamkan oleh kerajaan negeri melaka kepada ak. Degree ak buat pinjaman kat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEM). Nah http://tapem.melaka.gov.my Pinjaman ni tak de bunga macam PTPTN, dan kalau result korang best boleh dapat diskaun lagi. Dan untuk itu, ak nak la try mohon, kot kot ley dapat kurang ke..result xde la 4plat tp ok lah kan :)...so, pas poskan apa yang patot diposkan ak melagho kan diri ngan ex opismate ak, rembat 2 3 helai baju,, pusing2x kompleks PKNS, menapak kat Plaza Alam Sentral jap, kira jalan jalan cari makan lah ni. Last - last makan nasi putih lauk kg jugak. Dasar perut orang kg kan :)..TAPI..yang kat atas tu mukadimah jer untuk posting ak kali ni..THE MAIN THING ...ak nak CERITA PASAL ZAKAT! ...cikgu ak cakap kalau tak de perenggan untuk pendahuluan markah akan kurang..eh ape kaitan ler pulak kn..
p/s:ALLAH sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba hambanya yang mengharapkan keredhaannya. Sama ada kita sedar atau pun tak, ia datang ketika kita perlukan teguran.
Ak memang tak terniat pun nak pergi Pusat Zakat Selangor hari ni, tah macam mana, kami terlalu depan pusat zakat ni dan kebetulan buka pada hari sabtu, kawan ak pun kate, eh jom tanya pasal zakat ni, akak dah kerja nak masuk 2 tahun x pernah pun bayar zakat. Pada mulanya, teragak2x jugak nak masuk, yelah tak tahu nak tanya apa, nak start kot mane pun tak tahu. Tapi alhamdulillah, ALLAH bukakan pintu hati kami untuk mengambil tahu ...............
Link ni boleh pandu korang menuju syurga, klau korang ikhlas www.e-zakat.com.my
Zakat tu salah satu dari 5 rukun ISLAM yang wajib kita keluarkan bagi yang berkemampuan, jangan tahu nak makan buah sukun jer. Rata-rata bila sebut pasal zakat mesti tahu zakat yang kita kuarkan time hari raya kan. Sebenarnya Zakat bukan tu sahaja. ada banyak jenis, antaranya,APA ITU ZAKAT!...
- zakat pendapatan,
- zakat Perniagaan
- zakat Wang Simpanan
- zakat Saham
- zakat KWSP
- zakat Emas/Perak
- zakat Harta
- Qada Zakat
- zakat Pertanian
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk ketahui lebih lanjut, nasihat ak, korg pergi jer kat pejabat zakat kat tempat korang, dan bertanya. Tak rugi pun malah boleh topup saham ke syurga..syarat IKHLAS kerana ALLAH. Ak harap posting kali ni, dapat membantu korang dalam merialisasikan konsep ketuhanan. Semoga ALLAH menerima ibadah kita...InsyaALLAH.....
Thursday, May 3, 2012
lalalala
Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu Suka Pada Anda
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
- Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
- Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
- Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
- Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
- Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
- Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
- Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
- Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
- Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
- Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Kredit to : http://www.2dayblogger.com/blog
Saturday, April 28, 2012
~~~Rasa Hati Saat Ini...
Untuk sama sama melihat alam ciptaan tuhan,
Di sini kita bertemu dan bersatu..
Menjadi saksi danau dan subuh..
Tentang adanya kita;
Kembara di lambaian danau
Mengenalkan aku kepada embun pagi yang bersahaya
Yang menemani aku sebelum cahaya
Angin menghembus mesra menyapa walau mata terpejam,
Kamu tetap di situ memandang aku..
Menumbuhkan rasa yang menyesakan dada..
Aku mulai takut terbawanya cinta
Menghirup rindu yang menyesakkan dada
Tika aku menanti kamu di sini..
Hangatnya terasa dihati,
Aku tersingkir dari dunia nyata..
Tapi kita dari sudut yang berbeda seolah berbisik ditelinga,
Dari rasa yang harus aku batasi..
Di sini aku terus menunggu kamu,
Aku terus menunggu kamu sehingga aku lupa aku di sini....
Thursday, April 26, 2012
Miss My Company

Kerinduan kepada keluarga di kampung amat terasa sekali malam ni. Tadi mak call tanya kabar, mungkin rindu benar agaknya kat ak. Sejak 2 3 menjak ni sibuk sangat, makan pun kadang asal boleh jer. Hidup ak dengan kerja saja. Sampai ak lupa tanggungjawab ak sebagai seoarang anak. Bila balik dah lewat, mood nak berborak tu dah tak de. Kadang2x sampai tertidur kepenatan.
Alhamdulillah, tadi ALLAH bagi kelapangan masa untuk menonton rancangan ilmu semanis kurma, tajuk yang cukup cantik. Sedar tak sedar setiap bicara ustazah sedikit sebanyak telah sedarkan ak bertapa banyak dosa ak. Bila ak mengimbas kembali, ak kadang2x seperti itu. Ak berharap, agar ak tidak melakukan perbuatan itu lagi, ketahuilah mengumpat, mengata, boleh jadi sedar atau tak, tapi ia tetap dosa. Bersangka buruk pun dah dapat dosa, apatah lagi mengumpat dan memfitnah oarang.. Semoga ak akan lebih berhati-hati dalam menuturkan percakapan ku. Sungguh ak manusia yang lemah, seringkali tidak berbatas dlam berkata-kata. Tapi sedaya ak mencuba ke arah yang diredhai ALLAH.
Tuesday, March 20, 2012
AsyiK nk SenTap jeR lah..

Tengah sedap2x tangan menguap nasik ke mulut, sambil mata menghadap TV, dan dan jer berita time ni. Dah jadi kebiasaan ak, bila berita jer ak tutup TV/lari dari melihat TV dan sewaktu dengannya. Bukan apa, ak ni jenis sentap, memang xley tengok atau dengar bencana, kisah culik, orang hilang , kes rogol, lagi tragis bila dengar pasal umat Islam di palestin, Iraq, automatik mata ak akan berair, sebak, terus ak hilang selera nak makan. Nasi ak tolak ketepi, lalu mulalah sesi muhasabah diri, ak ni makan, pakai suma cukup tapi bersyukurkah ak....bla..bla..bla..terus ak lari dalam bilik layan sentap jap. Ak bukan kaki berita sebab hal ni lah. Tapi kalau tak tengok xtahu lah apa jadi kat dunia sekeliling ak ni. Bila dah tengok, tak sanggup rasa.
Friday, February 24, 2012
ak jd angry bird hari ok!
Apa punya nasib la arini, malam tadi sebelum ak tidur niat ati sikit punya cantik dah, besok nak gi kerja dengan penuh kegembiraan,keindahan, kedamaian, tanpa tension tensionan almaklumlah ari jumaat.. memang berjayala sampai balik. Tiba tang balik tuh, memang xde dah nak indah, gembire bagai dah...mata ak hanya tertumpu pada motor yang mendajalkan motor ak jer time tu...tetiba jea darah ak membuak2x tengok plate motor ak patah..yang xley blah tu serpihan plate motor ak tu cantik jer kat ade kat situ...motor tu plk mmg cantik jer park kat plk motor ak...ko ni memang tak de mata ke ape..ko da tahu ak letak motor kat situ, yang ko sengal sangat nak menyelit gak parking kat situ pehal..tak pasal2x dah jahanamkan plate motor ak..ak memang xley blah la dengan orang yg alih2x motor org ni..dah ko lambat, park la luar..ke ade org yang gatal2x duk alih2x motor org bile dah jahanamkan gerta org ko buat2x xbersalah plk.
Satu lagi yang ak xley blah ngan pak gurd kat opis ak ni..ak ngadu kat die, die boleh kate plk ala org laen pn da biase da, ade yg lagi teruk..abis pecah2x..deorg buat biasa jer...warghh ade ke ko ckp mcm tu..dah tu baek ko xyah sediakan parking, baek ak parking merata2x klau jahanam pn mmg salah ak letak merata...ni ak letak dalam kawasan opis kot..ak.stakat nak ganti plate motor tu apala sangatkn ..tp ak mmg tak puas hati ngan jawapan ko la..ko boleh ckp cmtu...kena batang idung ko sndiri nanti baru la ko rasa kan..xpe ak tgu jer haritu..
Tuesday, December 20, 2011
Ak Jatuh Sakit...alhamdulillah.....

Wah dah lame ak tak demam macam ni, last aritu masa buat FYP degree, lepas 6 bln lebih ak kerja, rase lagi, alhamdulillah ya ALLAH, semoga dengan ujian sakit yang engkau
berikan kepadaku sungguh dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku. Harini ak terpaksa MC, semalaman ak tak boleh tidur, kepada rakan sekerja ku, ini bukan yang ak pinta seandainya ak mempunyai kudrat untuk ak pergi bekerja, mana mungkin ak tega membiarkannya keseorangan di opis. Ak tahu kau juga merasa apa yang ak rase, sekurang2xnya kau masih mempunyai seseorang, untuk menjagamu, tidak ak.
Badan terasa berbisa dek nikmat hujan semalam, hanya mampu menelan bubur. Buat pertama kalinya, ak memasak bubur untuk diri sendiri, sebagai alas perut untuk makan ubat. Berharap kelegaan untuk jangka waktu yang panjang.Seusai menjamah bubur dan makan ubat, hanya mampu baring dan baring sementara menanti zohor. Jika saat ini ak berbicara,pasti sumbang bunyiknya..sengau semacam,,,harap2x besok ak berkudrat untuk meneruskan sisa kerja minggu ini..
ALLAH tarik seketika nikmatnye, nikmat rasa, nikmat bau, nikmat sihat, tapi ALLAH kurniakan ak nikmat yang 1 paling berharga iaitu iman. Sungguh, ketika ak sakit ak terasa dekat dengan pemilik nyawaku. Berasa marah namun, dengan segera hati berbisik ini ujian ALLAH, lalu marah segera berlalu pergi. Puas ak berguling2x terasa bosan menyelubungi, lalu jejari ku mengoogle sesuatu untuk rohani ku.. terjumpa ini, lalu ak tergerak untuk kongsikan kepada rakar blogger sekalian...kredit to http://yaqeenahmad.wordpress.com
-------------------------------------------------------------------------------------------
Hikmah Sakit
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.
Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Biarkan badan dan emosi kita mendapat haknya, iaitu rehat yang cukup.
Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.
Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.
Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.
Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan. Namun, bukan hak kita menyatakan apa yang kita lakukan adalah ikhlas, sesungguhnya ikhlas itu milik ALLAH.
Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.
Dalam hadis ada diterangkan,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.
Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka. Dan ketika ini lah juga, kita dapat melhat reaksi orang disekeling khususnya, adakah meraka mempunyai rasa prihatin, timbang rasa, memahami atau mereka mementingkan diri sendiri atau hanya sekadar teman sementara dikala kita senang/sihat.
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…
Sunday, September 18, 2011
kasih mak....
Post kali ini mungkin lebih syahdu, kerana tika ini ak amat merindui mak dan keluarga ak. Ak tak tahu perasaan ini hadir tanpa dipaksa, rasa yagng teramat rindu dengan mereka. Rasa yang membuatkan mengalirkan air mata. Terbayang saat bersama mak. Susah payah mak, kasih sayang mak. Tak tergamak rasanya nak menderhaka kepada insan yang bergelar mak. Kasih sayang sangat tulus, memberi kesan yang sangat mendalam jika kehilanganya. Ak terlalu lemah jika kehilangannya ya ALLAH. Setiap hari ak risau kesihatan mak ak, mak ak ade lelah. Syawal aritu mak ak kena serang lelah lg. Ak sangat risau kesihatan mak. Tiap hari ak berdoa, agar mak ak, keluarga ak di lindungi dari segala kejahatan dan kecelakaan. Berikan mereka kesihatan supaya ak dapat terus berbakti dan membalas jasa mereka ya ALLAH. Tika ak tidak ada tempat berpaut didunia ini, mak lah orang yang sentiasa mempercayai ak, kepercayaan yang mak berikan tak kan sesekali ak salah gunakan. Ak insan yang lemah tanpa kasih sayang mak. Ak berharap agar ak di kurniakan suami yang dapat menjadi sandaran kasih, sebagai penyambung kasih walau tak setara kasih mak, tapi masih ak rasa ada tempat untuk berkasih. Keagungan kasih sayangmu, tiada tara nilainya. Semoga mak sentiasa dalam lindungan mu ya ALLAH. Ak sangat berharap mak akan tinggal bersamaku. Sungguh ya ALLAH. . . ak ingin menjaga mak ku hingga nafasnya yang terakhir. Ak pernah diabaikan, ak tidak mahu mak ak merasakan itu. . . ak berharap sangat ada job vacancy kat Melaka. Tapi setakat ni rezki ak kat bumi s.alam. walaupun xjauh tapi jarang balik,…
Mak sentiasa mendahulukan anak2xnya, kurang bicaranya jika dia gundah, tidak suka meminta untuk di belikan sesuatu, namun hati ini mengerti akan tanggungjawab seorang anak terhadap kebajikan maknya. Kadang-kadang ak rasa nak belikan semua yang terbaik tuk mak, tapi kemampuan ak terbatas. insyaALLAH rezki itu ada.
Tiap kali ak nak balik s.alam, pasti mak akan bekalkan rendang atau lauk. Kadang2x ak merasakan pulangnya ak dikampung akan menyusahkan mak. Saat yang paling menyentuh kalbu bila melihat wajah mak ak semasa dia tidur. Dapat pahala tau kalau tengok wajah mak ayah kita. Saat tu la, akan terlintas, ak ni selalu buat mak sakit hati, ak ni selalu menyusahkan mak, ak ni …macam-macam la..akhirnya ak akan meminta ALLAH supaya menjaga mak ak, melindunginya, kurniakan kesihatan dan umur yg panjang supaya ak dapat berbakti padanya dan berazam xkan buat perkara-pekara yang mak tak suka.
Alhamdulillah lega sikit rasanya bila dah meluahkan rasa hati ni..tika ni ak sangat merindui mak ak. Nak message cakap rindu takut mak ak pelik pulak. Herm, ak ni kalau rindu kat seseorang tu event kawan pun, direct jer ak message cakap rindu. Pernahla ak message cakap rindu kat mak ak, mintak ampun segala bagai, mak ak risau pulak ..(dlm erti kata yang laen..buang tebiat ke anak ak ni..)…
Omma ,,sarange eo…
Saturday, August 13, 2011
Ramadhan ...
Dari pagi hingga sekarang ni, ak masih di posisi yang sama. Alam maya menjadi tumpuan ku. Facebook, Chat, update cerita korea baru..hehehee. Mode:lagu raye :) ...tetiba ak terasa nak update blog pulak..update blog kena ada gambo baru best. Apa lagi nikkon coolpix s3000 di aktive kan, ak ni paling malas nak copy gambo kuar ke hdd ak..agak2x klau pic ni boleh reput maunnye reput la dalam memory kamera ak ni..
29 /08/2011-31/08/2011
-Asalnya nak sambut awal ramadhan dengan family ak, tapi selangor tak cuti plak. so, terpaksa la balik SA ahad tu jugak..sabo jelah..tapi ak balik pun cam tak balik. Seharian hangout with my friend jannah, jumpa my siss jap pastu sambung shopping. :). Mak ak bising, abang, adik dah balik rasa durian ak ni batang hidung pun xnampak2x..tu yang ak balik tu. Walaupun ak bukan hantu derian, tapi ak suke bubur derian mak ak, terbaek la...siap tapau rendang ngan bubur kacang balik SA lg...Sampai-sampai jer da pukul 2 pg, gerak lewat sikit dr SA, banyak nau tempat yg nak disingahnye. Sampai rumah, makan jap, pastu borak plak ngan mak sampai kol 3 pagi, tak hengat.. ni besok da janji nngan jannah nak lepak. Lepas subuh ak tidur balik, sedar2x pun bila dengar bunyik message masuk. "dah siap, jap lg ak sampai"..terbeliak mata ak..tengok jam... kol 11.. melompat ak dari katil terus capai tuala. 15 min jer ak siap. Seb bek ak just iron tudung jer...sesampai jer jannah kat rumah ak, terus ak buat muka bersalah,,,hehehehe mase ni la ilmu psikologi digunakan supaya member ak tak hangin ngn ak...hehhee..upss sorie xsengaja...
..malas nak taip..tgk jela pic ni........................
Monday, August 8, 2011
lallala hari-hari kerja..
ngn milo secawan. Ni sume gara-gara tempat kerja ak ler nih. Terpaksa stay smpai kol 6.15 ptg. Kalau dilayan kn kerenah user sure ak tido mandi kat opis ler camni. Agak2x server da ok ak cakap kat SA ak ak nak balik dah sebab nak buka. ..tah la kadang2x ak suka kerja ni sebab adventure, kadang2x terasa stress. Sampai tak sedar waktu lunch dah lepas, tau2x dah waktu balik dah..tapi Semalam ak terasa letih yang amat sangat, pinggang lenguh, dari pukul 8 pagi until 6 ak kat depan PC. Ni suma gara-gara server yang "tak berapa nak betul" semalam. Banyak skrin hanging bila nak save forms. Telefon sebelah ak plak asyik berbunyik jer, agak-agakla kan kalau ak cabut jer wayar telefone tu ada orang perasan tak. System Analyst (SA) ak pun siap kata patutnya harini kena cuti nih ngeh2x. Dan dan tu lah ko nak cuti. Ak yang duk berpeluh nak layan user, officemate ak lagi dasyat kena marah ngan user. Ak cuba berlagak cool, tapi berjaya cam tak berjaya jer. Bila tengok officemate ak punya muka gabra, ak pun terjoin sekali. Baru nak focus settlekan isu, tetiba SA ak pulak panggil cakap skrin ni hanging, jenuh nak jawab. layan kan jap pastu ak continue kerja ak. Dan dan senior DBA ak kena transfer jap kat main office.. masak ak tingal 2 org jer nak support berjuta2x user..juta ke..tengah2x ak busy ni kepale otak ak ligat memikirkan seseorg.
Dia tengah buat apa sekarang, kenapa die senyap jer...dia tak la hensem, sasa pun tak, melatah bkn main lg, selalu gaduh ngan ak tapi pesal la die jugak yang ak teringat2x. ..tetiba plk teringat ak nak balik raya ngan sape?nak nek motor dr SA ke MLK ke nek bus jer...risau plk motor ak nak tinggalkan kat sini. lama kot ak kat kg, tu ler sesatunya gete yang ak beli hasil titik peluh ak. InsyaALLAH thn depan ingt nk angkat kereta plk..amin moga murah rezki ak..Kawin??..hurm ramai gak tanya soklan cepusmas ni, ak jawab, klau ade orang datang pinang i kwin la..klau x..xkn i nk pi pinang that guys..that guys tu pn xthu ke klau org suke kat die caner..ee rimas la..but cinta itu indah sebenarnya...alamak jam kat skrin laptop ak menunjukkan pukul 4.04 AM tapi ak masih tak ley tido lagi..maunya, pas solat magrib ak terus tido, terawikh tah kemana isyak tah kemana, gara2x keletihan...xpe yg pnting niat nak g terawikh tu ade..kikihh.. kla ak kena gak buat2x tido nih, sat g bsk kat opis, skrin yng pandang ak plk...daaaaaaaaa:)
Friday, August 5, 2011
Hijrah di Bumi SA..........

Saturday, August 06, 2011 bersamaan 6 ramadhan.
Diam tak diam dah 3 bulan lebih ak kembara di Shah Alam ni. Dibumi SA nilah ak bertemu kembali dengan sahabat-sahabat satu kuliah ak dulu. Ak bersyukur dengan kehadiran meraka di bumi SA ni. Dan sepanjang 3 bulan nil ah ak berkerja di company 99% bidang yang ak study time degree dulu. Macam best, walaupun hari-hari dapat pressure tapi ak suka sebab adventure. Tapi kadang-kadang tension jugak dengan karenah user yang berbagai-bagai nih. Banyak menguji kesabaran ak. Tapia k mencuba untuk bertahan, sebab ak fikir tak ramai dapat peluang macam ak, belaja kos database tapi kerja bidang lain. Macam bulan ni, agak serabut jugak la bila bos ak suh senior ak kerja kat admin office PJ, tingal ak dengan rakan ak yang masih baru xsmpai 5 bulan kami kerja dah kena duduk kat client site. Pressure yang amat nyelah..kawan –kawan lah tempat ak hilangkan tension ni. Ak belajar menerima hakikat yang ALLAH telah takdirkan untuk ak jalani. Semoga dalam pemeliharaanya ak Berjaya ke ahir jalan ini. Amin ya Robb….
Tuesday, March 1, 2011
Bila berbicara tentang keikhlasan.......
Sunday, February 27, 2011
Tempecher ak naek 110%..
Ak ni ada penyakit yang tak boleh buat kerja bila orang duduk sebelah ak, means tengok ak buat kerja la. Memang haru biru jadinya. So, Please la percaya kat ak yang ak boleh buat kerja. Kalau ak tak tahu, ak mesti tanya punya. So dont wory ler tokey ea. Satu lagi, ak nak ingatkan tokey2x kat luar tu, manusia bukan robot, robot pun kadang2x produce action/output yang pelik ni kan manusia kan..so bertolak angsur la dengan mereka sekali-skala. Laen la klau deorang tu kaki rembat duit. Hari ni bengang sebab bbudak U--- ni buat ak salah enter price yang boleh menyebabkan ak short dan ak terpasa mngadap tokey ak..so please la..korg tu da dewasa so xyah la menampakkan kebodohan korang sendiri ok..adioss..











