Sunday, September 18, 2011

kasih mak....

Post kali ini mungkin lebih syahdu, kerana tika ini ak amat merindui mak dan keluarga ak. Ak tak tahu perasaan ini hadir tanpa dipaksa, rasa yagng teramat rindu dengan mereka. Rasa yang membuatkan mengalirkan air mata. Terbayang saat bersama mak. Susah payah mak, kasih sayang mak. Tak tergamak rasanya nak menderhaka kepada insan yang bergelar mak. Kasih sayang sangat tulus, memberi kesan yang sangat mendalam jika kehilanganya. Ak terlalu lemah jika kehilangannya ya ALLAH. Setiap hari ak risau kesihatan mak ak, mak ak ade lelah. Syawal aritu mak ak kena serang lelah lg. Ak sangat risau kesihatan mak. Tiap hari ak berdoa, agar mak ak, keluarga ak di lindungi dari segala kejahatan dan kecelakaan. Berikan mereka kesihatan supaya ak dapat terus berbakti dan membalas jasa mereka ya ALLAH.

Tika ak tidak ada tempat berpaut didunia ini, mak lah orang yang sentiasa mempercayai ak, kepercayaan yang mak berikan tak kan sesekali ak salah gunakan. Ak insan yang lemah tanpa kasih sayang mak. Ak berharap agar ak di kurniakan suami yang dapat menjadi sandaran kasih, sebagai penyambung kasih walau tak setara kasih mak, tapi masih ak rasa ada tempat untuk berkasih. Keagungan kasih sayangmu, tiada tara nilainya. Semoga mak sentiasa dalam lindungan mu ya ALLAH. Ak sangat berharap mak akan tinggal bersamaku. Sungguh ya ALLAH. . . ak ingin menjaga mak ku hingga nafasnya yang terakhir. Ak pernah diabaikan, ak tidak mahu mak ak merasakan itu. . . ak berharap sangat ada job vacancy kat Melaka. Tapi setakat ni rezki ak kat bumi s.alam. walaupun xjauh tapi jarang balik,…

Mak sentiasa mendahulukan anak2xnya, kurang bicaranya jika dia gundah, tidak suka meminta untuk di belikan sesuatu, namun hati ini mengerti akan tanggungjawab seorang anak terhadap kebajikan maknya. Kadang-kadang ak rasa nak belikan semua yang terbaik tuk mak, tapi kemampuan ak terbatas. insyaALLAH rezki itu ada.

Tiap kali ak nak balik s.alam, pasti mak akan bekalkan rendang atau lauk. Kadang2x ak merasakan pulangnya ak dikampung akan menyusahkan mak. Saat yang paling menyentuh kalbu bila melihat wajah mak ak semasa dia tidur. Dapat pahala tau kalau tengok wajah mak ayah kita. Saat tu la, akan terlintas, ak ni selalu buat mak sakit hati, ak ni selalu menyusahkan mak, ak ni …macam-macam la..akhirnya ak akan meminta ALLAH supaya menjaga mak ak, melindunginya, kurniakan kesihatan dan umur yg panjang supaya ak dapat berbakti padanya dan berazam xkan buat perkara-pekara yang mak tak suka.

Alhamdulillah lega sikit rasanya bila dah meluahkan rasa hati ni..tika ni ak sangat merindui mak ak. Nak message cakap rindu takut mak ak pelik pulak. Herm, ak ni kalau rindu kat seseorang tu event kawan pun, direct jer ak message cakap rindu. Pernahla ak message cakap rindu kat mak ak, mintak ampun segala bagai, mak ak risau pulak ..(dlm erti kata yang laen..buang tebiat ke anak ak ni..)…

Omma ,,sarange eo…