Saturday, April 28, 2012

~~~Rasa Hati Saat Ini...



Di sini ak menunggu kamu,
Untuk sama sama melihat alam ciptaan tuhan,
Di sini kita bertemu dan bersatu..
Menjadi saksi danau dan subuh..
Tentang adanya kita;
Kembara di lambaian danau

Mengenalkan aku kepada embun pagi yang bersahaya
Yang menemani aku sebelum cahaya
Angin menghembus mesra menyapa walau mata terpejam,
Kamu tetap di situ memandang aku..
Menumbuhkan rasa yang menyesakan dada..
Aku mulai takut terbawanya cinta

Menghirup rindu yang menyesakkan dada
Tika aku menanti kamu di sini..
Hangatnya terasa dihati,
Aku tersingkir dari dunia nyata..
Tapi kita dari sudut yang berbeda seolah berbisik ditelinga,
Dari rasa yang harus aku batasi..
Di sini aku terus menunggu kamu,
Aku terus menunggu kamu sehingga aku lupa aku di sini....


Setelah berchating dengan teman sepekuliahan dahulu, mata ak masih tidah mahu lelap,sehingga membawa ak ke pukul 2.15 AM. Untungnye besok tak kerja, kalau tak masak masak...sebelum menaip untuk entry kali ni ak, baca bali posting ak yang lepas2x. Tiba-tiba timbulnya entry ni..Hehehe..mood tu penting untuk penulisan. Dahulu bahasanya sangat berbunga2x. Hehehe..

Terasa dah lama pula meninggalkan zaman persekolahan, zaman U..tup2x ak dah kerja sekarang ni. Jauh juga perjalan hidup ak ni. 

Hurm, tadi ak pergi pasar malam, kat situ ramai peminta sedekah. Sebelum ni memberi dengan niat kasihan,jauh disudut hati tersentuh akan kewujudan mereka. Tapi ak terbaca dalam satu laman ilmu, memberi sedekah juga kena pastikan orang yang menerimanya adalah orang soleh, supaya dia boleh mendoakan untuk kita nanti. Tapi yang paling ak tersentuh bila, seorang ibu meminta sedekah bersame anak yang masih tidak mengenal sesiapa. Dalam otak ak terus mencerna, kemana suaminya,tergamakah melihat isterinya bergini!.. sehingga satu tahap, ak tertunduk untuk melihat mak cik itu lalu ak berlalu. Setiap kali ak ke pasar, ak akan melihat orang di sekeliling ak, sampai kadang2x ak meletakkan diri ak ditempat pengemis tu sendiri. Ia buat ak sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH. Terlalu bersyukur, kerana ak masih mempunyai pelajaran, keupayaan, gaji yang cukup. Tapi mereka, ALLAH uji bergitu sekali, jika mereka menangani ujian ALLAH itu dengan sabar, pasti besar ganjaran yang ALLAH kurniakan kepada hambanya yang sabar. Semoga mereka tabah mengharungi hidup. 

Hidup tak selalunya indah,kadang2x kita dapat lihat pelangi, tapi kadang2x terus tanpa berhenti sehingga gelap. Sehingga membuatkan manusia terbiasa akan itu. Bagi yang baru merasa ujian itu, apa pula adanya....walau berduka sedalam mana ia pasti berlalu meninggalkan kita, masa yang berlalu akan terkunci rapat dalam kamus hidup kita, tapi ceritanya, kita yang rasa,kitalah penyimpan kuncinya..jangan hilangkan kuncinya, kerna suatu ketika kita perlukanya untuk mengharungi hari mendatang...



















 

Thursday, April 26, 2012

Miss My Company



Kerinduan kepada keluarga di kampung amat terasa sekali malam ni. Tadi mak call tanya kabar, mungkin rindu benar agaknya kat ak. Sejak 2 3 menjak ni sibuk sangat, makan pun kadang asal boleh jer. Hidup ak dengan kerja saja. Sampai ak lupa tanggungjawab ak sebagai seoarang anak. Bila balik dah lewat, mood nak berborak tu dah tak de. Kadang2x sampai tertidur kepenatan.

Alhamdulillah, tadi ALLAH bagi kelapangan masa untuk menonton rancangan ilmu semanis kurma, tajuk yang cukup cantik. Sedar tak sedar setiap bicara ustazah sedikit sebanyak telah sedarkan ak bertapa banyak dosa ak. Bila ak mengimbas kembali, ak kadang2x seperti itu. Ak berharap, agar ak tidak melakukan perbuatan itu lagi, ketahuilah mengumpat, mengata, boleh jadi sedar atau tak, tapi ia tetap dosa. Bersangka buruk pun dah dapat dosa, apatah lagi mengumpat dan memfitnah oarang.. Semoga ak akan lebih berhati-hati dalam menuturkan percakapan ku. Sungguh ak manusia yang lemah, seringkali tidak berbatas dlam berkata-kata. Tapi sedaya ak mencuba ke arah yang diredhai ALLAH.