Tuesday, February 23, 2010

kaSih SeoRang KaKaK...

Ak masih memikirkan kata-kata anim.."mungkin die rasa sunyi kot". Bila ak pikir-pikirkan balik ada betulnya kata-kata nim tu. Ak jauh dari die, bila balik tak de siapa kat rumah, mak keje balik petang, rumah tak de orang. Pasti mak ak sedih sangat. Ak telah cuba menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adik ak. Dia seharusnya tahu tanggungjawab die untuk belajar, bukan terjebak kan diri dengan cinta. Dia terlalu muda untuk kenal apa itu cinta. Ak masih lagi beku untuk mengenal apa itu cinta, tapi die yang masih sekolah sibuk nak bercinta. Ke mana perginya cinta, hanya melalaikan dan memberi angan-angan indah tapi realitinya perit bak peria. Kejarlah dahulu cita-cita, zaman sekarang ni sumuanya berlumba-lumba untuk memajukan diri, berjaya atau gagal sekurang-kurangnya mencuba. Tuhan tidak akan pernah melupakan hambanya yang berusaha. Tapi sayang jika usia terlalu muda telah terjebak dengan cinta. Kalau cinta membawa kebaikan atau semangat nak belajar tekun tak pea la ..ni teruk peperiksaanya. Macam orang tak pernah belajar. Kerana sayang ak masih cuba menasihati walau ak tahu, kata-kata ku bisa baginya. Tapi percayalah mana ada seorang kakak suka melihat kemusnahan adiknya sendiri...Suatu hari nanti pasti die mengerti...Semoga ALLAH melindunginya...aminnnnnnn

*Rumah tempat terbaik dan terindah bagi ak...semuanya terhimpun di sana............

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

awe bile pulak nak mula belajar bercinta.. jangan marah.. hehe.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
Laman Web Stormreaders - http://www.stormreaders.co.cc/
Kedai Buku "Online" Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Dapatkan maklumat mengenai syarikat Stormreaders, produk2 ilmiahnya & cara untuk menjadi pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!

asteroide said...

blom jumpe yg serasi lg..insyaALLAH klau cinta tu tulus dr hati tak perlu untk belajar :)