Sunday, July 26, 2009

Sesuatu untuk dibaca

Entry kali ini, mengenai maruah yang lebih tinggi nilainya, lebih tinggi dari gunung permata, wang dan emas. Dan mungkin jua dapat merawat hati yang keras seperti konkrit jika hati yang membaca bukan mata yang melihat. InsyaALLAH...

Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur,Dengkurnya makin menjadi.
Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap KL fm, sekejap
Pahang fm mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.
Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan
rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah keluar mencari tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas
pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku Sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak ..Berbaju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar , senteng. Tidak berkasut dengan kaki yang hitam. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah
macamana aku nak ajar !!"

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. “Ah,si miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah”.

Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak
hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah-dekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan di situ. Menyerahkan beberapa ringgit.
Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah.

“Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.
Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh !! “

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan ku hulurkan
sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.”

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu , mengelap mata
dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas , kemudian
mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini.
Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama
25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut
menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar
dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit.

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan Ery . Kemudian, kelibat
orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. “Hairan, takkanlah dengan wang
RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir.
Mungkin…”.

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi RM 5, takkan dapat beli barang
sebanyak ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit
menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan
ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang RM 5 di hujung kaki, dua plasik
berisi ikan busuk yang sudah mula
dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa
yang kita dapat.."

Wallahu a'lam
forward seorang teman..

Saturday, July 25, 2009

Bila Mata Melihat, Hati Merasainya.

Setelah sekian lama kota melaka menanti kunjungan ak dan hari ini penantiannya membuahkan hasil.Hehehe. Hurm harini ak keluar cari barang keperluan dari TTU ke MC ke DP ke MP dan Kembali ke MC then ke TESCO than ke MC. Barang apa yang ak beli? dengan siapa? guna duit sape? dimana semuanya ak tak berminat nak bercerita . Tapi ak tertarik akan sesuatu kejadian yang terjadi bila mata melihat dan sedetik itu hati berbisik kalau dia tak buat macam tu ak pasti akan lakukan seperti mana yang dia lakukan. Masa naik bas dari MP ke MC seat dalam bas tu dah penuh, naik pulak sorang untie cina cari seat nak duduk tapi ada seorang muslimah memberikan seatnya pada untie tersebut, sampai untie tu serba salah nak duduk. Jika manusia punyai hati yang luhur tiada sempadannya untuk berbuat kebaikan walaupun kita berbeza. Peristiwa ni lagi menyakinkan ak yang manusia punyai hati tidak kira warna apa bangsanya, celah mana datangnya. Bila seorang lelaki indonesia telah memberikan seatnya pada seorang mak cik dan dia hanya berdiri disepanjang perjalanannya menuju destinasi. Orang asing pun ada hati nak buat kebaikan apatah lagi kita yang dilahirkan dalam budaya yang cukup cantik right?!.. Melihatlah pada sesuatu kebaikan pasti hati kamu yang sempit akan luas dan selesa...dan mata kamu terpejam sambil menyematkan ak pasti lakukan itu..

Sunday, July 19, 2009

Sabun Eumora..anda berminat?!!




Untuk memanfaatkan duit pinjaman TAPEM ak, barang kedua yang ak beli adalah sabun ni itupun setelah ak mengetahui kelebihannya bukan untuk cantik semata-mata tapi lebih ingin memberi peluang kepada my sis yang baru menceburkan diri dalam bidang bisnes ni. Dan untuk pengetahuan korang ak telah start gunakan sabun ni harini tau. Tak tahu lah ape jadi kat muka ak ni nanti. So sekarang ni ak nak berkongsi berita baik ni dengan semua rakan2 ak. Baru best. So, kalau korang berminat dengan sabun EUMORA ni boleh email terus kat hawa11_adam@yahoo.com


Apa Harga Mahal???!!

tak la. murah jea kalau baru dapat gaji atau pinjaman.lalalaa..erm sy rasa berbaloi dengan hasilnya nanti.


hasilnya korang boleh tengok kat sini..http://www.cantik-eumora.com/testi_bergambar.html

Kebaikan Menggunakan EUMORA :

* mengecilkan pori-pori
* mengawal blackheads dan whiteheads
* mengawal keseimbangan pH pada kulit
* mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
* mengurangkan kesan parut pada kulit
* mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
* mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
* membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks,
kesan selulit dsbnya
* kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
* kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
* meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa
anjal,sihat dan berseri
* sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
* mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak
dan bikini line
* bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
* melembutkan rambut dan menyihatkannnya
* Matikan jerawat muka @ badan
* Kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat,
pigmentation
* Menegangkan muka & berseri2
* Menjadi syampu utk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.



Friday, July 17, 2009

Sedang Mengemas Hati......

Hari ni ak tak tahu kenapa cepat sangat tersentuh. Tetiba jea rasa nak menangis. Walhal dia kawan yang selalu boleh di bawa bergurau, boleh arini ak terasa pulak dengan kata2 dia. Mungkin juga ak rindukan adik ak yang bongsu tu(siti zulaikha) dah lama tak dengar suare die. Rasa rindu tapi tak tahulah kat sapa yang ak rindu. Sesungguhnya ak sukar tafsirkan rasa hati ak ni sekarang.

should i....

Sepanjang semester baru ni ak dah malas nak meluah di blog. Lebih baik ak simpannya dalam kotak hati ak. Kadang2 kegembiraanku untuk menutup kesakitan dan kesempitan hati. Hati tidak selesa. Tapi yang pastinya ak menangis untuk menjadi kuat.

Harini juga, ak ingin minta maaf kepada rakan2 seperjuangan ak, dan orang 2 di sekeliling ak, jika selama ini ak kasari hati kamu. Peristiwa itu buat ak sentiasa menghargai apa yang ak punyai sekarang…

Saturday, July 11, 2009

...Bila Hati Bertasbih...

Di sini ak menunggu kamu,
Untuk sama sama melihat alam ciptaan tuhan,
Di sini kita bertemu dan bersatu..
Menjadi saksi danau dan subuh..
Tentang adanya kita;
Kembara di lambaian danau

Mengenalkan aku kepada embun pagi yang bersahaya
Yang menemani aku sebelum cahaya
Angin menghembus mesra menyapa walau mata terpejam,
Kamu tetap di situ memandang aku..
Menumbuhkan rasa yang menyesakan dada..
Aku mulai takut terbawanya cinta

Menghirup rindu yang menyesakkan dada
Tika aku menanti kamu di sini..
Hangatnya terasa dihati,
Aku tersingkir dari dunia nyata..
Tapi kita dari sudut yang berbeda seolah berbisik ditelinga,
Dari rasa yang harus aku batasi..
Di sini aku terus menunggu kamu,
Aku terus menunggu kamu sehingga aku lupa aku di sini....


-art is soul-from asteroide heart-

Sunday, July 5, 2009

Nyawa Hampir Melayang OooO..

Hari yang mengecewakan dan betul- betul menguji kesabaran ak. Semalam ak balik kampung walaupun dekat tapi kalau naik bas boleh jadi setengah ari perjalanannya. Almaklumlah bas bertimekn. Sampai MS dah pukul 2.30 mak ak kirim barang so kena lah menapak pergi maidin kejap. Sampai2 jea kat situ bas ak dah nak gerak nasib baik la driver tu nampak ak so die berhenti la.Ak memang letih sangatla. 3 minggu tak cukup tidur. Tertidur pulak dalam bas. Masa nak masuk simpang lendu tu ak dah terjaga dah. Still nak lelap gak mata ni almaklumlah petang2kan. Pas tu tah macam mane tah ak pandang la pakcik driver tu. mata die merah macam nak tertidur jea. ak dah cuak dah. kebetulan masa tu ada penumpang nak turun. Masa yang sama konduktor tu pergi ke pintu hadapan die nak tegur driver bas tu. apesal mata ko tak habis lagi die cakap pakcik tu dah terbabas. Ak dah la duduk seat paling hadapan sekali for sure mesti tercampak kat depan penghalang bas tu. merah la jugak tengkuk ak. Sampai arini terasa peritnya. Tapi ak kesiankan ade sorang mak cik ni bengkak kepala die. Lagi teruk die terhumban ke pintu seb bek tak tercampak kuar.

Geram betul kat driver bas yang tak bertanggungjawab rasa nak belasah jea. Dek
kerana terlalu geram sangat ak boleh menapak sampai ada 2 orang nak tumpangkan
ak balik. uih tak berani ak nak naek ngan orang yang ak tak kenal tak pasal2 laen
pulak jadinya nanti. Nasib ade sorang pak cik ni ak kenal dalam van die pun ade gak
student UITM yang senasib ngan ak. Dan hari ni gak bas tu bikin ak hangin lagi.
Mana taknye selalunya bas datang kol 9.40 ak dtg awal selalunya die bas sampai nak dekat kol 10 kadang2 sampai kol 10.30 baru sampai. Ape lagi ak pun jalan lah lenggang kankung. Menurun jalan tu ak dengar bunyik macam bas apelagi berlari gak la sikit. Tapi tak sempat bas tu dah tinggalkan ak...ya ALLAH tak tahulah nak cakap macam mane. Kalau lah ade bas lain insyaALLAH ak takkan naik bas yang bernama TAI LYE. Seb bek paklang ak keje malam ley hantar ak kat rumbia
so ak tunggu lah bas dari rumbia...

Saturday, July 4, 2009

sesuatu untuk dibaca

Thursday, June 04, 2009 12:30:20 AM

Menulis bagi yang tidak mengalami tidak sama bagi yang menulis tapi mengalami..masing-masing mengeluarkan pendapat dari rasa dari apa yang dialami. Bagi yan tidak merasa seolah-olah memberikan ceramah free, yaa seperti mengikut teori kehidupan yang betul. Tapi bagi yang merasai ia bercanggah sama sekali dengan prinsip dan teori kehidupan yang sebenar.Hingga kadang kala ak sendiri tidak mengerti harus bagaimana untuk menulis. Tapi cuba bersikap adil dalam menulis, penulisan bukan untuk mencari salah sesiapa. Tapi cuba mengingatkanjika masing-masing terlupa. Bila perasaan mengatasi akal dia mungkin menjadi pemenang bila bercerita.

Kenapa masih ada lelaki bertanya "kenapa perempuan tak pernah nak paham lelaki"...sebab bagi ak masing-masing tak pernah nak paham diri sendiri. Kadang-kadang kita pun tak tahu kenapa kita lakukan sesuatu tu..right??! dan kadang-kadang kita tahu yang tu salah tapi bila dah melangkahmustahil akan kebelakang kembali..that's human..include me..sometime..

yang merasai akn cakap : Kenapa ya perempuan mesti macam tu. Sikit-sikit tak gentleman. Ape lelaki buat semua salah. Merajuk bila ditegur sikit. Tak sayang. Tapi perempuan jarang ambil tahu apa yang lelaki rasa. GF buat salah pun buat tak tahu je sebab bila ditegur GF marah.

yang Tak merasai said: Ups yang tu no komen. Sudah namanya perempuan. kadang-kadang pelik jugakbila tetiba jadi macam tu ..cara orang lelaki tegur tak kena kot.

bagi ak pulak: Cuba kita songsangkan action ni dengan actornya sekali. See..perempuan atau lelaki sama sahaja dalam kes ni. Penyelesaiannya tidak perlu untuk menukar jantina..Tapi kalau masing-masing ada sikap tolak ansur dan cuba memahami situasi pasangan masing-masing insyaALLAH persoalan di atas tak kan timbul. Tiap pasangan boleh berbicara untuk mengeluarkanapa yang perlu di nyatakan tetapi biarlah kena bahasa dan gayanya (menulis berdasarkan teori asalnya tanpa merasa) Sudah namanya kehidupan, masalah memberikan kita pengalaman serta mengajar kita untuk menyelesaikan masalah samada rasional berdasarkan teori kehidupan yang sebenar atau tersasar dari rasionalnya...ia memang lancar berbicara tetapi payah untuk melaksana. Sebab itu wujudnya keadaan bagi yang merasai dan penulisan bagi yang tak merasai. keliru??!..anda berada dipihak yang mana?..yang tu perlu dimengerti..sebab tu perlu mengerti diri sendiri dahulu...